Wednesday, October 26, 2011

LATIHAN GAMELAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Latihan gamelan akan diadakan seperti biasa (Sabtu 29/10) jam 10 pg hingga 12 tgh di Pusat Latihan JPS Seksyen 6 Shah Alam. Yg baru nak belajar juga di alu alukan utk hadir.

TQ

art

Monday, October 17, 2011

KSSR MUZIK N SENI VISUAL TAHUN 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..!!

Kursus KSSR Seni dan muzik Tahun 2 hampir sampai kemuncaknya. Tinggal Petaling Utama dan Kuala Selangor yg masih berjalan minggu ini. Saya dan en Zainal berkesempatan memantau beberapa daerah dan berjumpa dgn guru guru yang berkursus. Alhamdulillah,.ramai yang sangat seronok dan gembira dengan kursus seni atau muzik walau pun ada diantara guru2 yang bukan opsyen. TQ VM 4 ur support. Saya sgt berharap cikgu2 akan sentiasa melawat blog ini untuk bertanya dan mendapat info berkenaan apa apa pun. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawabnya. Jgn ragu2 untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. TQVM kpd barisan JU saya kerana komitmen yang diberikan. Terimakasih daun keladi ..tahun depan jadi JU lagi..hehehe

art

Siapa Boleh Menyanyi ?


Ha ha !! siapa diantara follower saya yg boleh menyanyi? Kalau x leh menyanyi pun dia tahu kawan guru dia boleh menyanyi. Bagi nama anda atau kawan2 anda yang boleh menyanyi x kira lelaki atau perempuan. Tapi pastikan dia mmg bagus dalam nyanyian tau. Kalau setakat boleh nyanyi je ermm x payah buangkan masa saya. hehehehe jgn marah. Jika boleh nyanyi dalam dua bahasa -melayu dan english..itu satu advantage..Bukan nyanyi di karaoke tetapi bersama kombo JPS. Ada berani ??? hehehe just email me k..

art

SAHUT CABARAN SAYA !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya masih menunggu guru2 seni visual dari sekolah rendah yg punya bakat melukis dari pelbagai media atau pandai membuat arca dan sbgnya untuk menyahut cabaran saya. Saya nak buat pameran hasil2 lukisan tuan puan di JPS dan saya mahu sambutan dari cikgu2. Jika ada 20 org pun dah mencukupi. JIka saya dapat 20 org dalam minggu ini saya akan panggil bermesyuarat dahulu dan kita bincang nanti. So... email nama dan sekolah tuan/puan dan taip berminat untuk pameran seni. Jangan simpan bakat yang ada.

ART

Wednesday, October 12, 2011

SEMINAR MUZIK KEYBOARD

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu seminar muzik keyboard oleh Cik Yuki Shimada dari Jepun akan diadakan pada
9 Nov 2011 bertempat di Yamaha Music Festival Hall, No 8 Jalan Perbandaran, Kelana Jaya , Petaling Jaya jam 2.30 ptg hingga 5.30 ptg. Seminar ini terbuka kepada 30 org guru muzik sekolah rendah dan menengah yang berminat dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Oleh itu, kepada cikgu2 yg berminat sila hubungi saya melalui email selewat-lewatnya 23hb Oktober 2011. Bagi JU muzik saya akan wajibkan hadir dan surat akan dihantar kepada tuan/puan.

Sekian terima kasih.

art

Tuesday, October 4, 2011

TQ AND TAHNIAH!!

Assalamualaikum.dan salam sejahtera !!!

Saya nak ambil kesempatan ini utk ucapkan terima kasih kepada semua JU muzik dan seni visual yg telah menjalankan tgjwb dan tugas memberi ceramah dan urusetia kepada kursus on-site di daerah masing2. Setakat ini saya tidak menerima apa apa komen atau aduan yg tidak baik dari peserta malahan pegawai PPD memuji tuan-puan kerana komitmen yg diberi sangat baik. Ada beberapa daerah lagi yang belum menjalankan kursus on-site tetapi saya percaya dan berdoa agar JU JU seterusnya semua akan memberi komitmen yg baik juga.
Saya juga merasa sangat senang hati melihat grup gamelan yg pertama kali berlatih minggu lepas boleh bermain dgn baik walaupun baru bbrp jam diajar. Oleh itu saya pula rasa x sabar nak mengajar lagi pada Sabtu ini 8hb Okt jam 10pg - 12tgh. Dtg jgn x dtg.. TAHNIAH pada semua..

art

Gambar Kelas Gamelan




Saturday, October 1, 2011

Kelas Gamelan

video

Tahniah !! kelas gamelan yang pertama telah pun mula pada 1 Oktober 2011 (sabtu) di Pusat latihan JPS. Yang hadir hanya 6 org sahaja. Kita perlukan 2 orang lagi utk bermain gong dan gendang. (kalau boleh lelaki lah.) Walau kurang 2 pemain kelas ini tetap diteruskan dan syabas kerana cikgu2 ni fast learner. Baru satu jam belajar dah boleh bermain seperti yg kita tonton dalam video. InsyaAllah kelas seterusnya akan diadakan pada Sabtu depan 8hb Okt jam 10 - 12 tgh. Sesiapa guru2 yg berminat masih boleh datang untuk belajar. Syabas grup pertama !!


art
There was an error in this gadget