Wednesday, July 29, 2009

Apa pentingnya pendidikan muzik di sekolah?

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia - 29 Julai 2009

RAMAI orang terutamanya dari negara dunia ketiga termasuklah di Malaysia menganggap muzik tidak penting. Muzik sering dikaitkan untuk tujuan berhibur semata-mata tetapi kalau boleh bikin duit, itu paling bagus.
Sebabnya, di negara kita tidak ramai yang telah menjadi kaya raya kerana muzik. Kalau ada pun, bilangannya boleh dibilang dengan jari.
Lebih baik jadi doktor, peguam atau apa juga pekerjaan yang lain. Sebagai budak pejabat sekali pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka ada gaji tetap setiap bulan.
Itu mentaliti kita tentang muzik. Kita hanya melihat muzik daripada skop yang cukup sempit. Bidang muzik atau peranannya dianggap tidak penting seperti kerjaya-kerjaya lain.
Seolah-olah kita menidakkan kekuatan spiritual alunan tiupan saksofon pemuzik seperti Kenny G misalnya, berbanding terapi seorang doktor sakit jiwa terhadap pesakitnya.
Mentaliti itu timbul antara lain kerana kita terlalu memikirkan bagaimana mahu 'membuat duit' daripada muzik. Sedangkan kita malas berfikir bagaimana mahu menjadikan muzik lebih bernilai daripada duit.
Itu daripada segi tarikan luaran. Apabila bercakap daripada segi dalaman pula, bagaimana sumbangan muzik dalam mempengaruhi emosi, psikologi, ketrampilan diri dan pembentukan nilai intelek seseorang?
Ia agak terlalu jauh ke depan. Mungkin kita tidak terfikir sampai ke tahap itu lagi. Apa pun, ia boleh dimaafkan sesuai dengan taraf kita yang tinggal di negara membangun.
Bagaimanapun, dalam menuju ke arah negara maju pada tahun 2020, ramai juga di antara kita yang telah mulai sedar peri pentingnya muzik.
Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME) contohnya, mengalu-alukan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sejak sekian lama prihatin dalam menerapkan pendidikan muzik di peringkat sekolah rendah.
Matapelajaran muzik yang diserapkan menerusi ko-kurikulum sekolah memang suatu pendekatan yang seiring dengan keperluan negara dalam menuju ke arah negara maju. Bak kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebung.
Sayangnya, minggu lalu terdengar pula ura-ura KPM bercadang mahu mengurangkan masa 60 minit seminggu yang diperuntukkan dalam Pendidikan Muzik dalam kurikulum sekolah rendah.
Pengurangan waktu dalam matapelajaran muzik itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan hasrat kita dalam melahirkan 'celik muzik' di kalangan generasi pelapis pada masa depan.
Sebabnya, kuota masa untuk matapelajaran muzik sebelum ini boleh dianggap tidak penting dan hanya sisipan sahaja. Malah, jumlahnya antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Dalam isu ini, cadangan KPM yang mahu mengurangkan jumlah waktu pengajaran dalam matapelajaran muzik yang selama ini memang terlalu sedikit harus dipertimbangkan semula.
Kita sepatutnya mengambil contoh negara-negara maju seperti Jepun yang mewajibkan setiap murid gred 1 hingga 9 (tahun 1 hingga tingkatan 3) mengikuti pelajaran muzik selama 120 minit seminggu.
Boleh dikatakan setiap sekolah di Jepun menyediakan kemudahan dan peralatan serta bahan pengajaran lengkap untuk pengajaran matapelajaran muzik.
Sementara di Jerman pula, setiap murid dari peringkat tadika hingga ke gred 12 (tingkatan 2) pula diwajibkan mengikuti matapelajaran muzik sekurang-kurangnya 90 minit seminggu.
Pendedahan dalam bidang muzik terutamanya daripada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak amat penting dan dipercayai banyak mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak.
Tidak hairanlah ramai pakar psikologi Barat yang mendedahkan muzik pada peringkat dalam kandungan lagi dengan muzik-muzik tertentu seperti klasikal bagi membantu perkembangan otak janin.
Dunia pendidikan Islam juga tidak ketinggalan menerapkan alunan irama-irama tertentu dalam melahirkan insan yang membangun seiring dengan pengaruh spritual dan jasmani sejak bayi masih dalam kandungan.
Selain itu, pendidikan muzik pada peringkat kanak-kanak juga akan mendedahkan mereka dengan pelbagai genre dan perkembangan muzik yang amat luas cabang genre serta daya kreativitinya.
Muzik seharusnya dibincangkan secara lebih intelek bagi mengupas segala macam nilai pemikiran dan kreativiti dalam penghasilannya. Daripada situ ia juga boleh diadaptasi ke dalam pelbagai lagi bidang yang merangkumi kerjaya dan cabang-cabang kehidupan yang lain.
Kalaulah pendekatan ini dipandang serius, kita yakin generasi sekarang yang banyak didedahkan dengan muzik akan menjadi lebih progresif pada masa depan.
Pendidikan muzik sejak dari peringkat kanak-kanak secara tidak langsung akan mudah melahirkan masyarakat yang bukan sahaja 'celik muzik' tetapi juga tahap apresiasi mereka yang lebih tinggi.
Para peminat kelak tentunya akan mempunyai citarasa dan pemilihan atas sesuatu karya muzik dengan memilih hanya yang benar-benar kreatif serta bermutu sahaja.
Tidak hairanlah industri muzik tanah air sekarang ini kelihatan statik kerana ia antara lain berpunca daripada tahap citarasa, pendedahan dan pengetahuan kita yang amat cetek dalam bidang muzik.
Pada masa sama, masalah cetak rompak atau hak-hak serta undang-undang yang berkaitan harta intelek juga mungkin dapat ditangani dengan lebih mudah pada masa depan.
Ini kerana apalah gunanya negara mencapai status negara maju sedangkan tahap pemikiran, pengetahuan dan apresiasi kita termasuklah terhadap muzik masih lagi berada ditakuk seperti negara dunia ketiga?

Kursus Asas Teori Muzik Untuk Guru Muzik Sekolah Rendah

Salam sejahtera....

Berikut adalah tarikh-tarikh kursus tersebut di atas mengikut daerah masing-masing.
Kursus On Site 2 hari ini mengkehendaki guru-guru berulang-alik dari rumah ke tempat kursus. Sila hubungi PPD masing-masing untuk maklumat lanjut berkenaan tempat dan waktu mula. Bagi guru-guru dari daerah Petaling Perdana, Hulu Langat dan Klang yang sekolahnya tidak dipanggil berkursus...mungkin akan dipanggil selepas raya nanti k. Sabar ya.

1. Daerah Petaling Perdana : 27 - 28 Julai 09 (1st badge - 40 org, badge kedua akan diadakan selepas raya)
2. Daerah Petaling Utama : 3 - 4 Ogos 09
3. Daerah Hulu Langat : 5 - 6 Ogos 09 (1st badge), 2nd badge selepas raya)
4. Daerah Kuala Langat : 5 - 6 Ogos 09
5. Daerah Klang : 11 - 12 Ogos 09 (1st badge), 2nd badge selepas raya)
6. Daerah Gombak : 12 - 13 Ogos 09
7. Daerah Sepang : 18 - 19 Ogos 09
8. Kuala Selangor : Selepas Raya

Bagi daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor...kursus ini tidak diadakan kerana tuan puan telah pun diberi kursus oleh pihak IPG.

Sekian terima kasih.

Art

KELAS GAMELAN

Salam bahagia...dan sejahtera..

Hai...cikgu2 muzik dari sekolah menengah ....Saya bercadang untuk membuat kelas gamelan untuk mengajar cikgu yg berminat . InsyaAllah...kalau respon baik kita boleh mulakan selepas raya nanti k. Kelas ni percuma sahaja....cikgu yang bukan opsyen muzik pun boleh mengikutinya jika benar benar berminat...so..emailkan kepada saya nama, alamat sekolah, no hp dan opsyen semasa di universiti. Sekorang-kurangnya 10 org peserta sudah memadai untuk memulakannya.
So...Hebahkan kepada kwn kwn ya...

Salam

Art

Just When I Needed You Most

Just When I Needed You Most...By Randy VanWalmer

Hai...how do u find this song....ermm so beautiful ya....Randy VanWarmer (March 30, 1955 – January 12, 2004) was an American songwriter and guitarist.
Randy died of leukimia aged 48.
For more info...plzz visit wikipedia the free encylopedia

Saturday, July 25, 2009

1,2,3

video

1..kasih nan abadi..tiada tandingi.dia yang satu

2...sayang berpanjangan membawa ke syurga.....kasihnya ibu..

3...lapar dan dahaga..rela berpayahan...setianya ayah...

4.... mudah kau ketemu berhati selalu...beza antara kasih..dan kekasih...

ibu....ku ingat dahulu...menyisir rambutku kemas selalu..

ayah menghantar kesekolah,,,,bergunalah ilmu bila dewasa..

Sayang dengar lagu ini..untuk kau sandarkan buat pedoman..

Jangan manis terus ditelan..pahit terus dibuang...

itu bidalan harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia

Ingat itu bukan untuk selamanya

Andai kau dalam sengsara

Ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara

Saturday, July 18, 2009

Sajak Untuk Ibu - Jangan Lepaskan Peluang Membaca ini.

Sajak ini diambil dari laman blog yang saya temui...wow...best..simple tapi menyentuh hati..yang masih punya ibu..Alhamdulillah ..sayanglah mereka sehingga ke akhir hayat mereka...Jangan sakiti hati mereka....Kalau nak tahu betapa rindunya kita nanti... apabila mereka dah tak ada di dunia ini....aduuuuhhhh...kehilangan rasanya....

Ingatlah kepada ibu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepatmarah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!
“Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

Al- Fatihah buat arwah ibuku

Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran

Salam Bahagia..

Just nak bagi tahu..mungkin ada yang dah tahu lama...tak apa..kepada cikgu-cikgu yang baru mungkin tak tahu atau ada yang tak pernah ambil tahu..hehehee kalau tuan/puan nak dapatkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran bagi apa matapelajaran pun bolej didapati percuma dengan melayari laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum. Alamatnya seperti di bawah:
http://www.moe.gov.my/bpk/ Kalau x ingat just taip bahagian pembangunan kurikulum kat search tu...jumpalah nanti... kalau dah sampai ke laman web tu...taip huraian kat carian terus...sure jumpa.. selamat belayar....jgn belayar yg lain dah...hehehhhehe

rosli (Jump - P drummer)

video

Wednesday, July 8, 2009

Ex Band Members

Siti Azura - Singer ,,,,Selamat Maju Dalam Kerjaya Barumu
Hafiz - Keyboard,,, Selamat Maju Jaya Dalam Kerjaya Barumu

Band Members

Art - Drum
Muzaiful - Lead guitar

Megat - Bass Guitar


Zainal - Saxs & Flute
SESIAPA DIANTARA GURU-GURU YANG BOLEH MENYANYI ATAU BERMAIN KEYBOARD TIDAK KIRA JANTINA...PLEASE MAIL ME K. KITA BOLEH BUAT AUDITION TO BECOME OUR NEW BAND MEMBERS...GANTI HAFIZ N AZURA...
kALAU ADA KUMPULAN GURU-GURU YANG PUNYA BAND SENDIRI PUN SILA MAIL KEPADA SAYA UNTUK BERI PELUANG ANDA BUAT LATIHAN DI STUDIO KAMI DGN PERCUMA..




Tuesday, July 7, 2009

Edward Alden Jewell


To paint a fine picture is far more important than to sell it. (Edward Alden Jewell. - American Art Critic)

KURSUS TEORI MUZIK GURU-GURU SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR

Salam sejahtera dan salam bahagia.

Satu kursus berkenaan teori muzik akan dijalankan di setiap daerah kepada guru opsyen muzik sekolah rendah. Setiap sekolah dikehendaki menghantar hanya seorang guru yang beropsyen muzik ke kursus ini. Sekiranya sekolah berkenaan tiada guru yang beropsyen, maka dikehendaki menghantar guru yang mengajar di tahap 2 samada tahun 4, 5 atau 6.

Setiap orang guru yang menghadiri kursus ini hendaklah membawa bersama rekorder atau pianika dan dua jenis alat perkusi seperti kerincing, kompang, tamborin, kastanet, dram samping, cow bell, loceng, kayu tik tok dsbnya.

Tarikh kursus di setiap daerah akan diberitahu oleh PPD masing-masing.(Julai - Ogos) Kursus ini akan berlangsung selama 2 hari. (on site training) Makan dan minum disediakan oleh urusetia manakala tuntutan perjalanan guru boleh dibuat melalui sekolah PTJ masing-masing atau PPD jika bukan sekolah PTJ. Kehadiran adalah wajib.

Berita selanjutnya akan dikemaskini nanti. Sekian terima kasih.

Azahar Arifffin
Pen. Pengarah Kanan Kajian Kemasyarakatan(Muzik, Seni dan Sivik)
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Selangor

Sunday, July 5, 2009

Nak Tahu serba sedikit tak pasal sejarah muzik..???

Zaman dulu-dulu di negara Eropah...(16th century) kaum wanita tak dibenarkan menyanyi di dalam gereja..terutamanya di Gereja Roman Katholik...masa tu menyanyi koir lah..so apa dia orang buat.....agak- agak anda...!! hehehehe budak-budak lelaki ni kena "castration" lah....(kena bedah alat kemaluan..oopss!!) tapi memang betul berlaku untuk mengekalkan suara budak-budak yang pitchnya tinggi mcm suara perempuan dan supaya suara dia orang tak pecah mcm kucing jantan nak mengawan...hehhe...ia berlaku di zaman Baroque...ermmm x percaya?? lawatlah mana mana web tentang music history...
Selamat berlayar...

Laman Web Teori Muzik Yg Patut Dikunjungi Oleh Guru Muzik

Salam sejahtera..cikgu-cikgu muzik di Selangor semua.

Saya ada melawati satu laman web ini..dan dapati ianya sangat berguna kepada guru guru muzik di sekolah rendah yang asas teorinya lemah atau mungkin dah lupa sebab tak amalkan...
so...cuba-cubalah lawat laman ini : http://www.musictheory.net/
Ermmm..yang dah ada degree pun boleh cuba try samada tajam lagi tak ilmu di kepala tu...hehehe ok adios..

Saturday, July 4, 2009

BICARA MONSUN (2)

SEBAHAGIAN LAGI HASIL LUKISAN DARI GURU GURU SENI
VISUAL NEGERI SELANGOR DALAM PAMERAN BICARA
MONSUN









WHO IS MICHELANGELO


“A man paints with his brains, not with his hands. - Michelangelo”


Michelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni [1] (March 6, 1475 – February 18, 1564), commonly known as Michelangelo, was an Italian Renaissance painter, sculptor, architect, poet, and engineer. Despite making few forays beyond the arts, his versatility in the disciplines he took up was of such a high order that he is often considered a contender for the title of the archetypal Renaissance man, along with his rival and fellow Italian Leonardo da Vinci. For more information please visit Wikipedia the free encyclopedia

CARTOON FOR FUN



HE..HE..HE..HE,..

BICARA MONSUN









ANTARA LUKISAN-LUKISAN YANG DIHASILKAN OLEH BEBERAPA ORANG GURU SENI VISUAL NEGERI SELANGOR DALAM PAMERAN "BICARA MONSUN"

ALAT PERKUSI

PERKUSI

Boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori.

Idiofon – menghasilkan bunyi dengan cara mengetuk, menggesel, atau menyentuh badan atau permukaan alat perkusi tersebut. Bunyi dihasilkan dari getaran permukaan atau badan alat perkusi tersebut Kebanyakkan alat ini diperbuat dari besi, keluli atau kayu.. Contoh alat perkusi dari kategori ini ialah : loceng, cymbal, bonang (gamelan) gong, xylophone, wood block, guiro dll

Membranofon – Alat dari kategori ini mempunyai bahagian kulit di permukaan yang diketuk atau dipalu menggunakan alat pengetuk atau pemalu. Juga boleh dipalu menggunakan tangan. Contoh alat dari kategori ini ialah dram, gendang, timpani, conga, bongo, kompang dll

History Of Percussion

History
Ancient Chinese musical bronze bells from the Eastern Zhou Dynasty, c. 6th century BC.
Anthropologists and historians often speculate that percussion instruments were the first musical
devices ever created. The human voice was probably the first musical instrument, but percussion
instruments such as hands and feet, then sticks, rocks, and logs were almost certainly the next
steps in the evolution of music.
The earliest percussion instruments were our hands and feet, then "found" objects such as sticks,
logs, and hips. As human communities developed tools for hunting and eventually agriculture,
their skill and technology enabled them to craft more complex instruments. For example, a
simple log may have been carved to produce louder tones (a log drum) and instruments may have
been combined to produce multiple tones (as in a 'set' of log drums).
[edit] Classifications
Percussion instruments can be, and indeed are, classified by various criteria sometimes
depending on their construction, ethnic origin, their function within musical theory and
orchestration, or their relative prevalence in common knowledge.
Percussion instruments are sometimes classified as being "pitched" or "unpitched." While valid,
this classification is widely seen as inadequate. Rather, it may be more informative to describe
percussion instruments in regards to one or more of the following four paradigms:
[edit] By methods of sound production
Many texts, including Teaching Percussion by Gary Cook of the University of Arizona, begin by
studying the physical characteristics of instruments and the methods by which they produce
sound. This is perhaps the most scientifically pleasing assignment of nomenclature whereas the
other paradigms are more dependent on historical or social circumstances. Based on observation
and experiment, one can determine exactly how an instrument produces sound and then assign
the instrument to one of the following five categories:
[edit] Idiophone
Main article: Idiophone
See also: Category:Idiophones
"Idiophones produce sounds through the vibration of their entire body."[1] Examples of
idiophones:
· Bells
· Bock-a-da-bock
· Celesta
· Chimes
· Cymbals
· Hi-hat
· Marimba
· Singing bowls
· Slit drum
· Suspened Cymbal
· Triangle
· Vibraphone
· Wood block
· Xylophone
[edit] Membranophone
Main article: Membranophone
See also: Category:Membranophones
Most objects commonly known as "drums" are membranophones. "Membranophones produce
sound when the membrane or head is put into motion." (Cook, 2006)
Examples of membranophones:
· Snare drum
· Tom-tom
· Bass drum
· Timpani
· Bongos
· Conga

Who Is Chris Norman

Chris Norman (born Christopher Ward Norman, 25 October 1950, in Redcar, North Yorkshire) is an English soft rock singer. Norman was the lead singer of Smokie, an English glam rock band from Bradford, which found success in Europe in the 1970s.
Smokie with their hit songs such as Living Next Door To Alice, Mexican Girl, I'll Meet You at Midnight, Run To Me and many more...for more information please visit Wikipedia the free encyclopedia

Who Is Paul Gauguin

Eugène Henri Paul Gauguin (7 June 1848 – 8 May 1903) was a leading Post-Impressionist painter. His bold experimentation with colouring led directly to the Synthetist style of modern art while his expression of the inherent meaning of the subjects in his paintings, under the influence of the cloisonnist style, paved the way to Primitivism and the return to the pastoral. He was also an influential exponent of wood engraving and woodcuts as art forms.[1][2]. For more information please visit Wikipedia the free encyclopedia.

Thursday, July 2, 2009

kombo JPS















Kombo JPS..
performing on stage at sheraton subang
There was an error in this gadget