Friday, May 20, 2011

How to Conduct Music : Learn Music Conducting Techniques & Time Signatures

Salam sejahtera.. Guru muzik yg selalu conduct lagu semasa perhimpunan ..x kiralah lagu negaraku atau apa pun...cikgu harus menonton video ini..untuk lebih info..video ini ada di youtube by expertvillage. Ianya ada menerangkan cara conducting langkah demi langkah.. Selamat Belajar

BENGKEL SENI BERSAMA MAAMOR JANTAN - PELUKIS CAT AIR





Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Balai Seni Lukis Negara (BLSN) ingin menjemput gur2 utk menyertai bengkel ini bermula 10 Jun hingga 29 Julai 2011. (Setiap Jumaat) waktu 6.00 ptg hingga 10.00 mlm
Bengkel ini terhad kpd 20 org shj. Yuran penyertaan ialah sbyk RM 250.00 seorang atas tanggungan sendiri untuk keseluruhan sessi. Sijil penyertaan akan diberi. Terbuka kpd guru seni menengah dan rendah. Utk keterangan lanjut sila hubungi talian : 03 40267000 - En Shamsul/En Al Imran/ En daud/ Pn Noreen.
Jgn hubungi saya ya..
Saya rasa eloklah cikgu2 seni yg ingin menambah ilmu cat air ni utk menyertainya. Yuran tu kira murahlah kalau dibandingkan ngan ilmu yg cikgu akan dpt. Cat air ni bukan senang nak lukisnya kan !

art

Friday, May 13, 2011

SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat Hari Guru diucapkan kepada tuan puan yang bergelar guru. Tahun ini sambutan hari guru peringkat kebangsaan akan diadakan di Kuching Sarawak dari 15 - 17 mEI 2011.
Di peringkat sekolah akan diadakan mengikut kesesuaian tarikh yg difikirkan oleh guru besar atau pengetua. Walau apa pun sambutan di adakan..cubalah kita renungkan kembali apakah sumbangan yg telah kita beri kepada anak murid kita? Adakah kita telah seikhlas hati mencurahkan ilmu kepada mereka atau sekadar memenuhi jadual waktu dan sukatan yg telah dirancang. Tapi saya percaya guru2 semua adalah insan yg sangat istimewa yang sememangnya ikhlas dan tidak pernah meminta balasan. Maka dgn itu, sambutlah hari guru nanti dgn semeriah-meriahnya...tidak kiralah diperingkat apa sekali pun. Ini hari kita. Ini hari kita disambut oleh rakan dan murid2 . Tunjukkanlah bakat yg ada. Nyanyilah..menarilah,.makanlah yg enak2..Buatlah persembahan yg outstanding ..atau lain dari yang lain...Tiada sempadan hari ini antara kita dan murid2...buanglah sempadan itu untuk 1 hari sahaja..

Dan seperti biasa...di sekolah..acara sambutannya ialah ucapan, nyanyian, jamuan dan perlawanan bola anatara murid dgn guru. Itulah sambutan routine tiap thn.
Ayuh !!! bukan kah sambutan hari guru perlu transformasi!

SELAMAT HARI GURU- be proud to be a teacher.

Wednesday, May 11, 2011

download lagu tema hari guru 2011

Salam sejahtera..

sila klik link jpn selangor blog ini. Bila dah masuk web jpn selangor..cuba skroll ke bwh dan lihat sebelah kiri. Ada bhg audio video. Sila klik disitu dan anda akan jumpa lagu tema ini. Klik dan mainkan atau save fail tersebut. Selamat belayar

art