Sunday, November 20, 2011

KELAS GAMELAN !!!

Salam sejahtera..

Untuk makluman semua.. kelas gamelan yang diadakan setiap sabtu 2 minggu sekali akan dihentikan kerana guru2 bercuti balik kampong..hehehe seronok ada kampung..Ini permintaan ahli2 sendiri, Saya akan mula mengajar apabila sekolah dibuka semula. Walau bagaimana pun kali ini saya akan mengetatkan kemasukan kerana saya hanya mahu mereka yang betul2 berminat dan menunjukkAN komitmen tinggi sahaja. Kepada mereka yg berminat..masih ada tempat lagi.

TQ

Art

Wednesday, November 16, 2011

PERSIDANGAN PENDIDIKAN MUZIK KALI KE 4

BROSUR BROSUR BERKAITAN - Sila klik pada gambar utk lebih jelas.






PERSIDANGAN PENDIDIKAN MUZIK MALAYSIA KALI KE4 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

PERSIDANGAN PENDIDIKAN MUZIK MALAYSIA KALI KE4 2012
4TH MALAYSIAN MUSIC EDUCATION CONFERENCE (MUSED'12)

Dilampirkan brosur mengenai persidangan muzik ini untuk pengetahuan dan tindakan tuan tuan semua. Persidangan ini sangat sesuai bagi guru-guru muzik untuk dihadiri dan menimba pengalaman yang baru kepada sesiapa yg belum pernah menghadirinya. Perbelanjaan pendaftaran, tempat tinggal dan makan minum adalah di atas tanggungan sendiri. Pihak Jabatan Pelajaran Selangor hanya akan mengeluarkan surat pelepasan untuk menghadirinya tetapi tuan-tuan perlulah menunjukkan resit bayaran pendaftaran sebagai bukti. Tarikh tutup pendaftaran ialah pd 30 januari 2012
Sila hubungi pihak urusetia seperti terdapat dalam brosur yg dilampirkan.

terima kasih

art

Saturday, November 12, 2011

PENILAI DAN PENULIS BUKU DI CARI !!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Saya telah dihubungi oleh pegawai DBP semalam yang memohon untuk mendapatkan 3 orang panel penilai dan seorang pengerusi untuk menilai buku pendidikan seni bagi murid pendidikan khas Tahap 1. Taklimat berkenaan penerbitan buku ini akan diadakan pada hujung bulan ini. Jika ada JU atau guru seni yg berminat sila hubungi saya segera melalui email atau chat widget. Pihak DBP akan membayar panel2 penilai elaun perbatuan dan elaun mesyuarat. Mereka juga sedang mencari seorang penulis lagi untuk menerbitkan buku pendidikan seni untuk tahap 1 ini.

Apa lagi jgn lepaskan peluang. Dari duduk sahaja cuti2 ni,,boleh juga cari pendapatan lebih. Rezki jgn ditolak.

ART

Tuesday, November 1, 2011

Lawak Jenaka - "Salah Tafsir"

JUST TO RELEASE TENSION !! HEHEHE

SALAH TAFSIR

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…