Wednesday, November 18, 2009

A Bit of Basic music theory for U non option

Terma yg digunakan untuk tempo muzik

Music Theory - Expression Marks
Tempo

Largo - Very slow
Larghetto - Not as slow as largo
Adagio - Slow, leisurely
Lento - Slow
Moderato - Moderate
Andante - Moving with a moderate tempo
Andantino - Faster than andante
Allegretto - A little slower than allegro
Allegro - Moderately fast
Vivace - Lively, animated, brisk
Presto - Fast, rapid
Prestissimo - Very rapidly

Pandai-pandailah alihkan ke bahasa malaysia ya.!! Gunakanlah terma terma ini apabila berbicara dgn org muzik bila bercakap pasal tempo k..baru ada class..!!heheh
Satu lagi..cikgu boleh gunakan terma ini dalam percakapan seharian cthnya :

"Kenapa kau jalan lento sgt..cubalah presto sikit..kita dah lambat ni.."

kihkihkihkih

A Bit of Basic music theory for U non option




Di atas adalah kedudukan dan nama not pada baluk (garisan muzik)dalam klef bes dan klef trebel. Cuba lihat perbezaannya? Not pertama pada klef bes ialah not f manakala klef trebel ialah not d.

Monday, November 2, 2009

PAMERAN SYED AHMAD JAMAL: PELUKIS

BERITA DIPETIK DARI LAMAN WEB BLSN -

Oktober 2009 Selasa, Balai Seni Lukis Negara dengan bangganya membawakan untuk tontonan umum, sebuah pameran yang bertajuk Syed Ahmad Jamal: PELUKIS. Pameran yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Pameran yang berlanngsung ini, menjangkaui lebih dari kebiasaan pameran-pameran Syed Ahmad Jamal kerana ia merungkaikan siapa Syed Ahmad Jamal sebenarnya. Ianya meremajakan semula sentuhan Syed Ahmad Jamal dengan meliputi kisah kehidupan Syed Ahmad Jamal sebagai manusia biasa yang hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Selain itu pameran, kali ini membangkitkan, bukan sahaja pameran beliau sebagai seorang pelukis, malah pameran ini melihat peranan beliau sebagai seorang guru, pereka, penulis, curator, pentadbir dan sebagainya.

Kajian dari pelbagai dimensi yang didokong oleh Prof. Dr. D’ Zul Haimi bin Haji Mohd Zain, Prof. Madya Dr Ruzaika Omar Basaree, Prof. Madya Dr Abdul Shukor Hashim dari Universiti Teknologi Mara, Prof. Madya Rahman Mohd, Encik Hasnol Jamal Saidon dari Universiti Sains Malaysia, Puan Zanita Anuar dan Encik Tan Sei Hon dari Balai Seni Lukis Negara menjelmakan siapa Syed Ahmad Jamal. Hasil kajian ini, pelbagai pekara yang jarang adiketahui umum, akan dapat dipamerkan untuk dikongsi bersama masyarakat dan pencipta seni tanah air.

Terdapat lebih daripada 300 buah karya meliputi lukisan, catan, poster, arca, tekstil, lakaran, rekabentuk, kajian-kajian awal, foto-foto beserjarah dan barangan peribadi yang akan dipaparkan. Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih dalam mengenai kehidupan Syed Ahmad Jamal, sebuah buku khas setebal 700 muka surat, diterbitkan bersama. Penerbitan ini akan dijadikan sumber rujukan khususnya bagi generasi akan datang.

Sikap unik beliau perlu dicontohi oleh setiap pelukis dimana beliau sebagai pemulihara arkib bagi kehidupan beliau sendiri. Beliau menyimpan segala dokumentasi mengenai kehidupan beliau sendiri. Melalui sikap ini memudahkan proses kajian khususnya bagi generasi akan datang.

Pameran yang dibuka untuk orang ramai mulai 6 September 2009 hingga 31 January 2010, di Aras Satu Galeri 1A, Balai Seni Lukis Negara. Orang ramai jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pameran ini. Masuk adalah percuma. Sebagai program sokongan kepada pameran ini, Balai Seni Lukis Negara merancang untuk menayangkan dokumentari khas mengenai Syed Ahmad Jamal dan dua sesi lawatan berpandu yang akan dikendalikan oleh Syed Ahmad Jamal sendiri. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Perhubungan Awam Balai Seni Lukis Negara di talian, 03-40254990.