Monday, April 25, 2011

KONSERT D'LLYOD


sALAM sejahtera dan salam bahagia..

Mungkin ada diantara tuan puan yg kenal dgn kumpulan muzik dari Indonesia ini. Yg sebaya saya mungkin ingat.. hehehe Kumpulan D'llyod terkenal pada tahun2 70 hingga 80 an..Namun lagu-lagunya masih diminati dan dirindui. Kumpulan ini akan membuat persembahan di Istana Budaya pada 6,7 dan 8 Mei ini . Sila ke laman web Istana Budaya. atau ke ticket2u. biz utk keterangan lanjut.Atau lawat saja ke laman youtube..byk lagu lagu merdu mereka di sana. Saya akan ke sana pada show 7hb Mei ini. Kalau nak jumpa saya..jomlah...sy tunggu di pintu gerbang mahligai syahdu..hehehe Ok calling calling saya di sana nanti.

art

Monday, April 11, 2011

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU 1M 1S

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Kepada sesiapa guru2 muzik atau mana mana guru yg berminat untuk menyertai pertandingan mencipta lagu 1M 1S (1 murid 1 sukan) bolehlah cuba bakat anda dengan menyertainya.Di bawah adalah syarat2 pertandingan. Selamat berkarya.

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU 1M 1S (1Murid 1Sukan )

Syarat-Syarat & Maklumat Pertandingan:
1. Pertandingan ini terbuka kepada warga Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Lirik hendaklah bertemakan 1Murid 1Sukan.
3. Ciptaan lirik dan lagu hendaklah asli dan tidak menciplak mana-mana lagu yang sedia ada.
4. Rentak lagu adalah dalam Rentak Mac.
5. Durasi lagu tidak melebih 4 minit.
6. Hasil ciptaan yang perlu dihantar hendaklah dalam bentuk berikut:
i. CD Audio
- Iringan Muzik dan Vokal
- Instrumental
- Minus One
ii. Notasi
iii. Lirik

7. Lima buah lagu akan dipilih untuk ke final:
- 1 Hadiah Utama (Ciptaan Terbaik): 1 x RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit Sahaja)
- 4 Hadiah Saguhati : 4 x RM500.00 (Lima Ratus Ringgit Sahaja)

8. Semua ciptaan hendaklah sampai ke Urusetia Pertandingan di alamat berikut:
Urusetia,
(Pertandingan Mencipta Lagu 1M1S)
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
(u.p: En Wilson Stephen Tingon)

9. Tarikh tutup penyertaan: 23 Mei 2011
10. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Wilson di talian-talian berikut:
- 03-88841373/012-9811667/017-7971667

11. Keputusan hakim adalah muktamad.










LAMPIRAN

Borang Penyertaan

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU 1MURID 1SUKAN

1. Maklumat Pencipta:

1.1 Nama : ………………………………………………
1.2 No. Kad Pengenalan : ………………………………………………
1.3 Pekerjaan : ………………………………………………
1.4 Alamat Rumah : ………………………………………………
…………………………………………….…
…………………………………………….…
1.5 Nama dan Alamat Majikan : ……………………………………………...
……………………………………………….
……………………………………………….
1.6 No. Telefon (R) : ……………………………………
No. Telefon (P) : ……………………………………
No. Telefon Bimbit : ……………………………………


2. Maklumat Penulis Lirik:

2.1 Nama : ………………………………………………
2.2 No. Kad Pengenalan : ………………………………………………
2.3 Pekerjaan : ………………………………………………
2.4 Alamat Rumah : ………………………………………………
…………………………………………….…
…………………………………………….…
2.5 Nama dan Alamat Majikan : ……………………………………………...
……………………………………………….
……………………………………………….
2.6 No. Telefon (R) : ……………………………………
No. Telefon (P) : ……………………………………
No. Telefon Bimbit : ……………………………………

Sunday, April 10, 2011

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH MATAPELAJARAN MUZIK DAN SENI VISUAL

Salam sejahtera..
Apa khabar semua. Smg sihat sihat belaka. Pada makluman saya yg terdahulu, saya ada menyebut akan membuat kursus bagaimana untuk membuat pentaksiran berasaskan sekolah bagi m/pel muzik dan seniKSSR thn 1. WALAU BAGAIMANA PUN....setelah berbincang dgn pegawai dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan..kursus ini akan diuruskan oleh pihak mereka. Pentaksiran ini juga masih belum begitu mantap dan masih dalam pemurnian oleh pihak Lembaga Peperiksaan KPM. So keputusannya...cikgu-cikgu buatlah pentaksiran mengikut mana-mana maklumat pernah diterima atau yg boleh membantu cikgu menilai pelajar. Jgn dirisaukan sgt tentang PBS ini k. teruskan P&P dgn baik dan buat penilaian cara sendiri dulu ya. Apa-apa info terbaru akan saya maklumkan.

TQ
Art
There was an error in this gadget