Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


AssalamualaikuM...dan salam sejahtera...
Kepada semua rakan2, guru2 muzik dan seni visual seluruh Selangor , saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" - mAAF zAHIR BATHIN . Semoga tuan/puan semua bergembira di hari yang mulia ini bersama keluarga tercinta. Kalau balik kampong tu..berhati hati di jalanraya..semoga selamat sampai dan selamat kembali ke destinasi masing2. Selepas raya nanti..kita dah mula sibuk untuk berkursus dan mengajar kembali.
Ok.. jika jumpa saya di Alor Star...tegur tegur lah...hehehehe .

Salam

art

Wednesday, August 17, 2011

KURSUS GAMELAN !!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera..!!

Ya!!kursus gamelan yg saya war warkan dulu akan saya adakan selepas hari raya. Bilik muzik telah pun dipasang dgn air condition yg baru. Hehehe...setelah lama di mohon..hampir setahun kan!!Jadi skrg dah sejuk sikit..bolehlah kita mulakan. Nama nama yg pernah diberi kpd saya melalui email dulu ada saya simpan. Nama nama tersebut akan saya panggil utk dtg berkursus secara percuma. TETAPi!!!!!!!
Kursus ini akan diadakan hanya pada setiap sabtu atau 2 minggu sekali..Kos perjalanan ditanggung oleh guru guru sendiri. Masa dulu saya belajar kat Jab Kebudayaan W. Persekutuan pun atas dasar minat dan tanggung sendiri. Jauh lak tu. Dari Shah Alam ke Kuala Lumpur. Hehehe...so cikgu bagaimana?? Tunggu pengumuman selanjutnya bila kursus ini akan bermula. Ok!!!

Salam

Art

KURSUS JU TAMBAHAN MUZIK DAN SENI VISUAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri x lama lagi..Tinggal 14 hari saja lagi. hehehe begitu juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54. Ok.. untuk makluman tuan2,, kursus JU tambahan bagi m/pel muzik dan seni visual KSSR Thn 2 akan diadakan pada 12 hingga 14 hb Sept 2011 di Hotel Goldcourse Klang. Tujuan kursus ini adalah untuk menambah bilangan JU yg telah mengikuti kursus peringkat kebangsaan sebelum ini. Nama2 JU tambahan sebenarnya telah dipilih oleh PPD masing2. Namun bagaimana pun mungkin ada JU peringkat kebangsaan yg terpaksa digugurkan kerana tidak layak. Maka saya akan mengganti dgn JU tambahan yg saya rasa berkelayakan. Jadi bersiap sedialah kwn2 yg mungkin akan saya panggil terus yg bukan melalui PPD.
Selepas kursus ini JU tambahan akan ditugaskan memberi kursus pula kpd semua guru muzik ikut daerah masing2. Good luck!!

art

Friday, August 5, 2011

LAMAN WEB MUZIK YANG PATUT DIKUNJUNGI !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka. Ermm!! bila cakap pasal berbuka mulalah terbayang nak makan dan minum itu dan ini... hehehe itu semua nafsu. Ok..straight to the point. Saya nak mencadangkan kepada guru2 muzik yang baru atau lama mahu pun guru yg bukan opsyen muzik tetapi mengajar muzik untuk melayari laman web ini. Rasanya saya telah pun rekomen web ini bulan Julai 2010 yg lepas.. Skrg lagi baik. Ada ruangan interaktif.
GOOOOOOOOOOOOOOOOODD!!! silalah layari web ini untuk peningkatan ilmu . Kalau x faham istilah Inggeris dalam web tu boleh tanya kami nanti. Laman web tersebut adalah http://www.musictheory.net/

Tq

Azahar