Sunday, December 16, 2012

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lagu Negaraku dan Negeri Selangor dengan vokal telah saya upload di laman FB Art Jps. Tuan puan boleh pergi ke sana dan download. Gunakanlah lagu versi ini untuk majlis perhimpunan sekolah dan majlis rasmi.

Selamat Maju Jaya
TQ

art

Sunday, November 4, 2012

Akaun Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya telah membuka akaun FB untuk menggantikan blogspot ini. Sila add friend disana ya.
alamat FB saya ialah art jps. Walau bagaimanapun belum ada apa apa lagi yg saya upload di sana kerana baru saja saya buka, Jika tuan puan ada apa apa maklumat just upload di FB tersebut . TQ

Jumpa di sana

art

Monday, October 29, 2012

Facebook

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Untuk makluman cikgu-cikgu semua.. saya sedang berusaha untuk membuka laman facebook untuk menggantikan blogspot ini. Mungkin facebook lebih interaktif. Walau bagaimanapun blogspot ini akan tetap saya kekalkan. Tunggu akan alamat facebook yg baru nanti.

Sekian terima kasih

art

Wednesday, October 24, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Sempena Aidil Adha yang akan menjelma 2 hari saja lagi..saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha - Maaf Zahir Batin. Semoga kisah Nabi Ibrahim menerima wahyu dari Allah S.W.T utk mengorbankan anaknya Nabi Ismail menjadi pengajaran dan hikmah disebaliknya.kepada kita semua. Sanggupkah kita berkorban demi kebahagian ibubapa kita, demi bangsa kita dan demi agama kita yg suci? Kalau tidak pun sanggupkah kita berkorban untuk anak bangsa kita? Pengorbanan guru2 semua utk memajukan anak bangsa kita sangat besar maknanya. Semoga jadi guru yang cemerlang dan positif selalu.

"SELAMAT AIDIL ADHA"

Monday, October 8, 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU KORPORAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada cikgu2 yang berminat untuk mencuba bakat..silakan. Pertandingan ini dibuka kepada warga pendidik seluruh negeri. Keterangan lanjut ada disertakan. Sila copy dan pastekan alamat di bawah utk dapatkan borang dan syarat pertandingan. Selamat Maju Jaya.
http://dl.dropbox.com/u/62593050/lagu%20kpm.doc

art



Sunday, October 7, 2012

JEMPUTAN KE PROGRAM KREATIF MALAYSIA ANJURAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Program kedua Kreatif Malaysia adalah Program Kreatif Malaysia yang akan memperkenalkan keunikan muzik Malaysia oleh para belia Malaysia kepada penggiat industri  muzik seperti penerbit muzik, syarikat-syarikat rakaman, talent scouting penganjur festival muzik dan media dari dalam dan luar Negara. Program ini adalah dengan kerjasama Jazz Community Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Objektif utama program ini bertujuan mempromosikan penjenamaan muzik Malaysia, memberi ruang pengenalan muzik Malaysia ke peringkat nasional dan antarabangsa serta memasarkan industri muzik Malaysia di dalam dan luar Negara. Ini adalah merupakan salah satu program komuniti dengan penglibatan semua kaum dalam menyemarakkan seni muzik.


Program Kreatif Malaysia ini akan dilaksanakan seperti berikut:

Tarikh                   : Sabtu, 6 oktober 2012
Tempat                : Panggung Anniversari Kuala Lumpur
Masa                     : 3.00 petang-4.30 petang
                                ( Bengkel drum bagi pelajar sekolah)

5.00 petang-7.00 malam
(persembahan pentas dari artis ternama)


Kerjasama dan kehadiran tuan/puan ke program ini adalah sangat dialu-alukan dan akan memeriahkan lagi acara bekenaan.

Sekian,terima kasih.

Tuesday, August 28, 2012

Borang Tuntutan Perjalanan dan Borang Tuntutan Touch n Go JU

Assalamaualaikum dan salam sejahtera.
Kepada Jurulatih Utama Muzik dan Seni Visual KSSR Thn 3. Disertakan alamat link internet bagi mendapatkan borang tuntutan perjalanan dan borang tuntutan touch n go.
Tuan tuan boleh download dan save utk kegunaan nanti. Selamat mencuba.

(copy dan pastekan )

http://dl.dropbox.com/u/62593050/tntdantngo/Tuntutan%20perjalanan.xls

http://dl.dropbox.com/u/62593050/tntdantngo/TuntutTouch%20%26%20Go2%20(Autosaved).xls

art