Sunday, October 7, 2012

JEMPUTAN KE PROGRAM KREATIF MALAYSIA ANJURAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Program kedua Kreatif Malaysia adalah Program Kreatif Malaysia yang akan memperkenalkan keunikan muzik Malaysia oleh para belia Malaysia kepada penggiat industri  muzik seperti penerbit muzik, syarikat-syarikat rakaman, talent scouting penganjur festival muzik dan media dari dalam dan luar Negara. Program ini adalah dengan kerjasama Jazz Community Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Objektif utama program ini bertujuan mempromosikan penjenamaan muzik Malaysia, memberi ruang pengenalan muzik Malaysia ke peringkat nasional dan antarabangsa serta memasarkan industri muzik Malaysia di dalam dan luar Negara. Ini adalah merupakan salah satu program komuniti dengan penglibatan semua kaum dalam menyemarakkan seni muzik.


Program Kreatif Malaysia ini akan dilaksanakan seperti berikut:

Tarikh                   : Sabtu, 6 oktober 2012
Tempat                : Panggung Anniversari Kuala Lumpur
Masa                     : 3.00 petang-4.30 petang
                                ( Bengkel drum bagi pelajar sekolah)

5.00 petang-7.00 malam
(persembahan pentas dari artis ternama)


Kerjasama dan kehadiran tuan/puan ke program ini adalah sangat dialu-alukan dan akan memeriahkan lagi acara bekenaan.

Sekian,terima kasih.

No comments:

Post a Comment