Thursday, August 20, 2009

UiTM International Music Conference

UiTM International Music Conference

Music in Profession - 19 - 21 October 2009
UiTM Shah Alam

A Three day conference for musicians, academicians, music teachers, administrators, composers, researchers, clinicians, students and music enthusiast alike

Keynote Speakers :

Wilfried Gruhn (Germany)
Phil Mullen (UK)

For further info plzz contact :

Faculty of Music, UiTM
Tel : 0355227461
Fax : 0355227464

Tuesday, August 18, 2009

Pameran Seni Visual

Haloo!!! kepada guru seni sekolah rendah dan menengah....!!

Ada bahan atau lukisan yang hendak dipamerkan? Saja saja je kita pamerkan di JPS. Kalau ada orang nak beli pun apa salahnya kan. Saya bercadang nak pamerkan lukisan cikgu cikgu yang ada potensi di ruang legar JPS. Ermm saya nak buat secara santai je..x mau formal-formal...susah. banyak makan duit. so kalau ada cikgu yang berminat..hubungi saya melalui email k...bye

art

TAHNIAH !!

Salam sejahtera...
Tahniah saya ucapkan kepada semua guru-guru muzik dari setiap daerah yang telah mengikuti kursus asas muzik baru2 ini. Saya merasa amat bangga dan gembira mendengar berita dari JU yang mengatakan bahawa peserta kursus semuanya amat komited dan bersungguh-sungguh semasa berkursus.
Kepada mana-mana peserta di daerah yang belum menerima sijil kehadiran...jgn bimbang, saya akan pastikan pihak PPD mengeluarkan sijil kepada anda secepat mungkin. Saya dan En Zainal (penyelia muzik) memohon maaf kerana tidak dapat hadir memantau anda semasa berkursus kerana berada di luar Selangor atau ada perkara mustahak yang perlu di bereskan.
Kepada barisan JU Muzik..saya bagi pihak JPS mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberikan komitmen yg tinggi dalam melaksanakan tugas sebagai penceramah dan fasilitator.
Semoga tidak serik menyumbangkan tenaga dan masa demi kejayaan pend muzik di Selangor.
Semoga jumpa lagi.

***Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan..semoga amal ibadat kita bertambah dan di beri ganjaran Allah S.W.T berlipat ganda. Amin

Saturday, August 8, 2009

Guru Cemerlang

Guru Cemerlang
“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang


Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan. Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah. Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat. Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
Meningkatkan motivasi guru.
Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).


Cikgu-cikgu yang mengajar muzik....grab this oppurtunity utk jadi guru cemerlang....apply je...tapi pastikan anda memang cemerlang dari segi P&P, bahan yang disediakan, hasil hasil kerja cikgu ...dll.

Untuk keterangan lebih lanjut tentang syarat-syarat dsbnya....sila lawat laman web KPM http://www.moe.gov.my/

Apa tunggu lagi...kalau saya bukan pegawai JPS ..dah lama saya apply ...heheheehehe

Modul dan buku sumber P&P Pendidikan Muzik

Salam Sejahtera...
Untuk makluman cikgu muzik semua....modul P&P pendidikan muzik boleh didapati dan dicetak melalui laman web http://www.moe.gov.my/bpk/
Dekat bhg atas tu,,,ada tertera modul P&P...click dekat situ ..lepas tu cikgu scroll sampai jumpa buku sumber untuk muzik...ermmm selain muzik ada juga matapelajaran-matapelajaran yg lain...hebahkan kepada rakan guru yang lain k. Nak cari sukatan pelajaran pun boleh didapati di laman web di atas. selamat belayar....jgn belayar sampai ke pulau seberang dah lah,...