Thursday, November 11, 2010

PENYEBARAN KSSR THN 1 MENERUSI LAMAN WEB KPM

Assalamualaikum dan salam sejatera..

Kepada guru-guru muzik, seni dan semua guru matapelajaran yg akan mengajar Tahun 1 tahun 2011. Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM akan memuat naik segala dokumen berkenaan KSSR ke laman web http://www.moe.gov.my/bpk dan boleh diakses mulai 3hb Nov yg lepas.
Kepada cikgu2 yg membaca blog ini bolehlah tlg beritahu kepada rakan guru yang lain disekolah anda mahupun sekolah yg berhampiran.
Kerjasama tuan/puan sangat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

art

Tuesday, November 9, 2010

CD LAGU PEND MUZIK KSSR THN 1

Salam sejahtera.

Kepada guru-guru yang telah menghadiri kursus sehari KSSR pend muzik thn 1 saya ucapkan tahniah. Untuk makluman tuan-puan, CD lagu untuk pend muzik KSSR thn 1 belum dapat diperbanyakkan kepada semua sekolah di Selangor kerana kekangan kewangan. Walau bagaimanapun, InsyaAllah..pihak JPS akan cuba usaha untuk mengedarnya sebelum sessi persekolahan 2011 bermula. Harap tuan-puan bersabar.
Terima kasih.

art

Saturday, November 6, 2010

Jom !! kita anjurkan Malam Akuistik

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cuti sekolah x lama lagi.. ada lebih kurang 2 minggu lagi. Yang nak balik kampong tu..takkan lah terus nak balik..relax-relax dulu kat Selangor.. Saya bercadang nak anjurkan satu malam persembahan kat JPS. Kita namakan "Malam Akuistik"..kita buat hari Jumaat 19/11/10. So kalau ada guru-guru yg berminat dan berani menyahut cabaran ini..email kat saya nama, alamat sekolah, no h/p dan jenis persembahan. Antara persembahan yg boleh dibuat seperti : gitar akuistik sambil menyanyi secara solo atau berkumpulan, nyanyian solo, atau apa jua persembahan muzik yg ringan2. Ini merupakan percubaan saya kali pertama. Kalau dpt sambutan hangat boleh kita jadikan acara tahunan. Cikgu2 yg baru nak berjinak-jinak dgn muzik dan nyanyian pun boleh join... takpe..selepas show mungkin kita boleh berbual dan berbincang apa kelemahan atau kekuatan kita. So cikgu2 semua... kalau ada terbaca berita ini..tlg lah war-warkan kpd rakan2 yg lain yg x tidak melayari blog ini. Kerjasama dan persefahaman tuan2 sgt2 diharapkan demi menjayakan rancangan ini. Kalau saya dapat sokongan tuan2..bertambah kuat semangat saya untuk memajukan guru-guru yg berminat dlm muzik.
tq
art

Monday, November 1, 2010

ARTIS DARI GURU SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera !!

Saya bercadang untuk mengumpulkan guru2 seni dari sekolah rendah yg berbakat dalam bidang lukisan --tak kira lukisan pensel, cat air, krayon, cat minyak dll untuk kita berbengkel pada hari minggu menghasilkan karya lukisan. Tema bebas. Hasil karya bolehlah kita pamerkan di JPS. Sambil berkarya cikgu2 dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar idea dan kemahiran. Saya akan cuba panggil seorang Guru seni (En Harun) yg pakar dalam melukis untuk memberi tunjuk ajar dan teknik lukisan yg betul. Jika ada sambutan emailkan kepada saya k..

art

TAHNIAH !!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru2 muzik dan seni yang telah berjaya mengikuti kursus KSSR Seni dan muzik bagi tahun 1 yg baru lepas di PD Golf n Country Club. Walau dengan kekangan masa dan bahan2 yang tidak mencukupi tetapi komitmen yg ditunjukkan oleh cikgu2 semua sangat tinggi. Ini menunjukkan cikgu2 juga telah faham dgn konsep KSSR dan bersedia utk mengajar di thn depan. Jangan lupa untuk memberi in house training kepada guru lain di sekolah anda. Ramai diantara cikgu yang mempunyai bakat untuk menjadi JU, Jadi sesiapa yg berminat silalah emaikan nama, no hp dan nama sekolah.

Kepada JU seni dan muzik...saya juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kerana tugas yg diberi dapat dilaksanakan dengan licin dan berjaya. Semoga anda semua tidak serik untuk memberi ilmu kepada guru-guru yg baru demi kebaikan bersama.

Terima kasih daun keladi.

Art