Monday, November 1, 2010

TAHNIAH !!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru2 muzik dan seni yang telah berjaya mengikuti kursus KSSR Seni dan muzik bagi tahun 1 yg baru lepas di PD Golf n Country Club. Walau dengan kekangan masa dan bahan2 yang tidak mencukupi tetapi komitmen yg ditunjukkan oleh cikgu2 semua sangat tinggi. Ini menunjukkan cikgu2 juga telah faham dgn konsep KSSR dan bersedia utk mengajar di thn depan. Jangan lupa untuk memberi in house training kepada guru lain di sekolah anda. Ramai diantara cikgu yang mempunyai bakat untuk menjadi JU, Jadi sesiapa yg berminat silalah emaikan nama, no hp dan nama sekolah.

Kepada JU seni dan muzik...saya juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kerana tugas yg diberi dapat dilaksanakan dengan licin dan berjaya. Semoga anda semua tidak serik untuk memberi ilmu kepada guru-guru yg baru demi kebaikan bersama.

Terima kasih daun keladi.

Art

No comments:

Post a Comment