Tuesday, August 18, 2009

TAHNIAH !!

Salam sejahtera...
Tahniah saya ucapkan kepada semua guru-guru muzik dari setiap daerah yang telah mengikuti kursus asas muzik baru2 ini. Saya merasa amat bangga dan gembira mendengar berita dari JU yang mengatakan bahawa peserta kursus semuanya amat komited dan bersungguh-sungguh semasa berkursus.
Kepada mana-mana peserta di daerah yang belum menerima sijil kehadiran...jgn bimbang, saya akan pastikan pihak PPD mengeluarkan sijil kepada anda secepat mungkin. Saya dan En Zainal (penyelia muzik) memohon maaf kerana tidak dapat hadir memantau anda semasa berkursus kerana berada di luar Selangor atau ada perkara mustahak yang perlu di bereskan.
Kepada barisan JU Muzik..saya bagi pihak JPS mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberikan komitmen yg tinggi dalam melaksanakan tugas sebagai penceramah dan fasilitator.
Semoga tidak serik menyumbangkan tenaga dan masa demi kejayaan pend muzik di Selangor.
Semoga jumpa lagi.

***Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan..semoga amal ibadat kita bertambah dan di beri ganjaran Allah S.W.T berlipat ganda. Amin

5 comments:

  1. Thank You Encik Azahar & Encik Zainal.

    ReplyDelete
  2. terima kasih:)
    i have my own blog too,but in mandarin:)
    http://puaychaimsng.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. btw,i m interested wiv the conference,hope to get more info here.tq

    ReplyDelete
  4. Tq,,,n welcome...bout the conference...its better 4 u to call them directly.
    I have no further info. sorry ya
    Ok..i will visit ur blog. hehehe tapi tak faham la

    ReplyDelete