Friday, May 13, 2011

SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat Hari Guru diucapkan kepada tuan puan yang bergelar guru. Tahun ini sambutan hari guru peringkat kebangsaan akan diadakan di Kuching Sarawak dari 15 - 17 mEI 2011.
Di peringkat sekolah akan diadakan mengikut kesesuaian tarikh yg difikirkan oleh guru besar atau pengetua. Walau apa pun sambutan di adakan..cubalah kita renungkan kembali apakah sumbangan yg telah kita beri kepada anak murid kita? Adakah kita telah seikhlas hati mencurahkan ilmu kepada mereka atau sekadar memenuhi jadual waktu dan sukatan yg telah dirancang. Tapi saya percaya guru2 semua adalah insan yg sangat istimewa yang sememangnya ikhlas dan tidak pernah meminta balasan. Maka dgn itu, sambutlah hari guru nanti dgn semeriah-meriahnya...tidak kiralah diperingkat apa sekali pun. Ini hari kita. Ini hari kita disambut oleh rakan dan murid2 . Tunjukkanlah bakat yg ada. Nyanyilah..menarilah,.makanlah yg enak2..Buatlah persembahan yg outstanding ..atau lain dari yang lain...Tiada sempadan hari ini antara kita dan murid2...buanglah sempadan itu untuk 1 hari sahaja..

Dan seperti biasa...di sekolah..acara sambutannya ialah ucapan, nyanyian, jamuan dan perlawanan bola anatara murid dgn guru. Itulah sambutan routine tiap thn.
Ayuh !!! bukan kah sambutan hari guru perlu transformasi!

SELAMAT HARI GURU- be proud to be a teacher.

No comments:

Post a Comment