Tuesday, July 7, 2009

KURSUS TEORI MUZIK GURU-GURU SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR

Salam sejahtera dan salam bahagia.

Satu kursus berkenaan teori muzik akan dijalankan di setiap daerah kepada guru opsyen muzik sekolah rendah. Setiap sekolah dikehendaki menghantar hanya seorang guru yang beropsyen muzik ke kursus ini. Sekiranya sekolah berkenaan tiada guru yang beropsyen, maka dikehendaki menghantar guru yang mengajar di tahap 2 samada tahun 4, 5 atau 6.

Setiap orang guru yang menghadiri kursus ini hendaklah membawa bersama rekorder atau pianika dan dua jenis alat perkusi seperti kerincing, kompang, tamborin, kastanet, dram samping, cow bell, loceng, kayu tik tok dsbnya.

Tarikh kursus di setiap daerah akan diberitahu oleh PPD masing-masing.(Julai - Ogos) Kursus ini akan berlangsung selama 2 hari. (on site training) Makan dan minum disediakan oleh urusetia manakala tuntutan perjalanan guru boleh dibuat melalui sekolah PTJ masing-masing atau PPD jika bukan sekolah PTJ. Kehadiran adalah wajib.

Berita selanjutnya akan dikemaskini nanti. Sekian terima kasih.

Azahar Arifffin
Pen. Pengarah Kanan Kajian Kemasyarakatan(Muzik, Seni dan Sivik)
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Selangor

1 comment:

  1. Just called U upon the Gamelan Course that u offered. Sorry, SKM susah nak buat group, murid pun kureng. Anyway, tq for inviting our school. Kot2 pihak JPS nak belajar pulak Muzik or Tarian Sewang Suku Temuan, dtg la ke Bukit Tadom...

    Sorry and Thank You..

    ReplyDelete