Tuesday, October 19, 2010

Ujibakat Pemuzik dan Penyanyi

Salam bahagia dan salam sejahtera

Jika ada diantara guru-guru lelaki mahu pun perempuan yang mempunyai bakat dalam nyanyian dan bermain alat muzik seperti piano, kibod, gitar, dram,dll bolehlah datang ujibakat di JPN Selangor. Jika cikgu2 yang mempunyai group muzik bolehlah datang untuk ujibakat juga. Tidak kira samada guru atau pun kakitangan sekolah...janji mesti bekerja dalam dunia pendidikan. Jika group cikgu berbakat besar dan berkualiti bolehlah wakil negeri Selangor ke peringkat kebangsaan di Perlis pada bulan Disember ini. Tema lagu ialah lagu 60 an.

Tolong war warkan perkara ini kepada mereka yang tidak melayari laman blog ini k. InsyaAllah bulan November nanti saya akan bagitahu tarikhnya. So.. cikgu bolehlah praktis elok2 dulu. hehehehe. Kalau nak tanya lebih2..sila emailkan kepada saya ya!!

Wassalam

art

6 comments:

  1. salam En.Azhar,

    Saya nak tanya kenapa Jabatan tak buat kursus tarian yang boleh diaplikasikan di sekolah seperti asas tarian-tarian tradisional...bukan ke bagus bolehlah kami cikgu gunakan ilmu itu untuk dipersembahkan bagi majlis-majlis formal disekolah. terima kasih...
    Dari: Erny Liana Mohd Yasin
    Sk Bandar Utama Damansara 4

    ReplyDelete
  2. ermm...sebenarnya ada..tetapi kebiasaannya kursus tarian dianjurkan oleh unit ko kurikulum. Cuba tanya-tanya pd mereka . No tel : 0355138242 - Pn siti dewi atau 03 55189217. Slmt mencuba
    art

    ReplyDelete
  3. pertandingan nyanyian tu akan diadakan bulan 11..??mesti lagu 60 an yer..?

    ReplyDelete
  4. ye..mesti lagu 60 an.. kalau berminat email kat saya.

    art

    ReplyDelete
  5. salam En. Azhar,
    Boleh pensyarah ambil bahagian tak? Pensyarah UPSI....tq

    ReplyDelete
  6. rasanya pensyarah x masuk dlm kategori.
    art

    ReplyDelete