Tuesday, October 19, 2010

Kursus KSSR Muzik Tahun 1

Salam sejahtera

Kepada guru-guru yang mengajar muzik, kursus KSSR muzik tahun 1 akan diadakan InsyaAlah pada bulan November ini. Kursus ini akan berjalan serentak di semua daerah. Kursus "on site" ini hanya berlangsung selama 1 hari sahaja. Jadi, tentulah intipati kandungannya tak dapat diberi sepenuhnya. Walau bagaimanapun apa yang penting ialah konsep KSSR muzik itu sendiri yang penting difahami oleh guru guru semua. Jangan bimbang..konsep muzik Kssr Tahun 1 ini banyak kepada gerakan dan aktiviti. Guru perlu kreatif dan boleh ubahsuai modul yang diberi mengikut kemampuan guru. Modul sebagai panduan sahaja. Jika cikgu ada idea lebih baik dari modul yang ada..apa lagi...cikgu lakukan lah kreativiti cikgu.
Tapi perlu ingat...KSSR muzik ini hanya untuk Tahun1 mulai tahun 2011. Bermakna...murid tahun 2 dan selanjutnya pada tahun 2011 menjalani kurikulum KBSR seperti biasa. OK

Salam

Art

2 comments:

  1. Thank you so much for the info. Looking forward for the course.

    ReplyDelete
  2. telah menghadiri..dan akan buat sehabis baekkk..!!

    ReplyDelete