Program kedua Kreatif Malaysia adalah Program
Kreatif Malaysia yang akan memperkenalkan keunikan muzik Malaysia oleh para
belia Malaysia kepada penggiat industri muzik seperti penerbit muzik,
syarikat-syarikat rakaman, talent scouting penganjur festival muzik dan
media dari dalam dan luar Negara. Program ini adalah dengan kerjasama Jazz
Community Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Objektif utama program ini
bertujuan mempromosikan penjenamaan muzik Malaysia, memberi ruang pengenalan
muzik Malaysia ke peringkat nasional dan antarabangsa serta memasarkan industri
muzik Malaysia di dalam dan luar Negara. Ini adalah merupakan salah satu program
komuniti dengan penglibatan semua kaum dalam menyemarakkan seni muzik.
Program Kreatif Malaysia ini akan dilaksanakan
seperti berikut:
Tarikh
: Sabtu, 6 oktober 2012
Tempat
: Panggung Anniversari Kuala Lumpur
Masa : 3.00 petang-4.30
petang
( Bengkel drum bagi
pelajar sekolah)
5.00
petang-7.00 malam
(persembahan
pentas dari artis ternama)
Kerjasama dan kehadiran tuan/puan ke program ini
adalah sangat dialu-alukan dan akan memeriahkan lagi acara bekenaan.
Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment