Friday, September 30, 2011

BENGKEL PENDIDIKAN SENI VISUAL (2)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..!!!

Balai Seni Visual Negara (BSVN) ingin menjemput para pelajar sekolah randah & menengah utk menyertai Bengkel Pendidikan Seni Visual (2). Tarikh tutup penyertaan ialah pada 12 Oktober 2011. Cikgu-cikgu seni visual yg berminat utk bawa murid2 nya sila hebahkan kepada mereka. Hebahkan juga kepada sekolah rakan rakan yang berhampiran. Kerjasama cikgu diucapkan berbanyak terima kasih.
Disertakan lampiran untuk rujukan.

Monday, September 26, 2011

KONVOI GAGASAN 1 MALAYSIA - JPN SELANGOR - 25/9/11

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. SORRY SAJA NAK SELIT IKLAN NI.. HEHEHEHE

Thursday, September 15, 2011

KURSUS GAMELAN..

Assalamualaikumdan salam sejahtera..

Kursus gamelan bagi guru guru yg berminat dan telah memberi nama kepada saya dulu akan dimulakan pada 1 Oktober 2011 (Sabtu)jam 10 pagi hingga 12 tgh. Nama nama yg telah diberikan kepada saya ialah :

SK La Salle P. Jaya
1. Farah Norzee Abd Rahim
2. Siti MAziah Mazlan
3. Saziatul Mendy
4. Nik Rahimah

SK Rantau Panjang Klang
1. Mazlina Abdul Hamid

SK Subang Bestari
1. Sharbanun Bt Ibrahim
2. Noraziah Bt Ali
3. Ainatul Fatima Md Murozi

SK Bdr Utama Damansara 2
1. Noor Azliana Alias

SMK Seksyen 16 Shah Alam
1. Azlin Kamsah

Sk Sg Binjai Klang
1. En Radznee Abdullah

Walau bagaimana pun sekiranya ada guru2 yg tidak memberi nama kepada saya tetapi berminat untuk mempelajari gamelan..saya alu alukan kedatangan tuan puan.
So.. saya akan tunggu tuan puan pada 1 oktober nanti di Pusat Pengurusan Latihan Jabatan Pelajaran Selangor di Seksyen 6 Shah Alam (Berhampiran dengan Balai Polis Seksyen 6 dan Pusat Majlis Sukan Negara Seksyen 6 Shah Alam)

Terima kasih.

art

TAHNIAH !!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta kursus KSSR Muzik dan Seni tahun 2 bagi Jurulatih Utama Tambahan yang berlangsung di Hotel Goldcourse klang pada 12 - 14hb Sept 2011. Komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan sangat saya hargai. Mulai minggu depan, ada daerah yang akan memulakan kursus kepada guru2 seni mahupun muzik. Saya berharap dan berdoa tuan-puan akan menunjukkan prestasi yg cemerlang sebagai penceramah dan urusetia walau dalam keadaan yang serba tidak cukup.

InsyaAllah sijil kehadiran semasa kursus di Klang akan saya bawa bersama bila berjumpa dgn tuan puan semasa membuat lawatan ditempat kursus nanti.

TAHNIAH !!!

art

Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


AssalamualaikuM...dan salam sejahtera...
Kepada semua rakan2, guru2 muzik dan seni visual seluruh Selangor , saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" - mAAF zAHIR BATHIN . Semoga tuan/puan semua bergembira di hari yang mulia ini bersama keluarga tercinta. Kalau balik kampong tu..berhati hati di jalanraya..semoga selamat sampai dan selamat kembali ke destinasi masing2. Selepas raya nanti..kita dah mula sibuk untuk berkursus dan mengajar kembali.
Ok.. jika jumpa saya di Alor Star...tegur tegur lah...hehehehe .

Salam

art

Wednesday, August 17, 2011

KURSUS GAMELAN !!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera..!!

Ya!!kursus gamelan yg saya war warkan dulu akan saya adakan selepas hari raya. Bilik muzik telah pun dipasang dgn air condition yg baru. Hehehe...setelah lama di mohon..hampir setahun kan!!Jadi skrg dah sejuk sikit..bolehlah kita mulakan. Nama nama yg pernah diberi kpd saya melalui email dulu ada saya simpan. Nama nama tersebut akan saya panggil utk dtg berkursus secara percuma. TETAPi!!!!!!!
Kursus ini akan diadakan hanya pada setiap sabtu atau 2 minggu sekali..Kos perjalanan ditanggung oleh guru guru sendiri. Masa dulu saya belajar kat Jab Kebudayaan W. Persekutuan pun atas dasar minat dan tanggung sendiri. Jauh lak tu. Dari Shah Alam ke Kuala Lumpur. Hehehe...so cikgu bagaimana?? Tunggu pengumuman selanjutnya bila kursus ini akan bermula. Ok!!!

Salam

Art

KURSUS JU TAMBAHAN MUZIK DAN SENI VISUAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri x lama lagi..Tinggal 14 hari saja lagi. hehehe begitu juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54. Ok.. untuk makluman tuan2,, kursus JU tambahan bagi m/pel muzik dan seni visual KSSR Thn 2 akan diadakan pada 12 hingga 14 hb Sept 2011 di Hotel Goldcourse Klang. Tujuan kursus ini adalah untuk menambah bilangan JU yg telah mengikuti kursus peringkat kebangsaan sebelum ini. Nama2 JU tambahan sebenarnya telah dipilih oleh PPD masing2. Namun bagaimana pun mungkin ada JU peringkat kebangsaan yg terpaksa digugurkan kerana tidak layak. Maka saya akan mengganti dgn JU tambahan yg saya rasa berkelayakan. Jadi bersiap sedialah kwn2 yg mungkin akan saya panggil terus yg bukan melalui PPD.
Selepas kursus ini JU tambahan akan ditugaskan memberi kursus pula kpd semua guru muzik ikut daerah masing2. Good luck!!

art