Saturday, February 19, 2011

Kursus Gamelan..

Salam sejahtera..

Kursus gamelan yg saya rancang tahun lepas..x dapat dijalankan lagi kerana tiada sambutan dari guru2. Entah mengapa...mungkin guru2 tak berminat dengan muzik tradisional atau tidak kena waktu..jauh tempat belajar atau cikgu tiada keyakinan diri. Walau bagaimana pun saya tetap membuka tawaran ini sekali lagi. Saya hanya perlukan 10 orang pemain sahaja x 2 grup. So saya perlu 20 org. Kepada guru2 yg tinggal berdekatan Shah Alam bolehlah mohon kerana advantage tinggal dkt dgn JPS.
Untuk satu grup perlu sekurang-kurangnya 2 org pemain lelaki...selebihnya perempuan. Kalau semua lelaki pun ok. Tapi kalau semua perempuan x boelh sbb perempuan tak kuat tgnnya nak pukul gendang.

Ok tlg sebarkan berita ini. Jawab melalui email atau dalam komen.
tq
art

Laman Blog Unit Kajian Kemasyarakatn

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Untuk pengetahuan cikgu2...satu lagi laman blog yang baru telah saya bina iaitu laman blog kajian kemasyarakatan. Bezanya ialah..laman blog ini akan menyiarkan makluman. info, berita dari Unit Kajian Kemasyarakatan JPS dan seluruh unit kajian kemasyarakatan PPD. Jadi semua info berkenaan matapelajaran di bawah bidang Kajian Kemasyarakatan akan di sebarkan melalui laman blog ini. Jika PPD anda ada berita..anda akan dapat info terus dari mereka. Namun begitu laman blog ini tetap akan dikekalkan kerana ianya khas untuk muzik dan seni.
Ok.!! laman blog yg baru ini boleh dikunjungi melalui alamat ini : http://unitkkjps.blogspot.com
Buat masa ini belum ada berita2 terbaru kerana baru 2 hari blog ini dilancarkan.
Selamat melayarinya.

art

Sunday, January 30, 2011

GONG XI FA CHAI


Salam sejahtera dan Salam bahagia...
Kepada rakan-rakan guru yang berbangsa Tionghua..saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "HAPPY CHINESE NEW YEAR"..."GONG XI FA CHAI"..semoga tuan/puan akan bergembira di hari besar tuan. Kalau balik kampong driving..pandu dgn cermat..biar lambat asalkan selamat. kay!!Kalau jumpa saya di lebuhraya masa balik kampong..jgn malu2 tegur saya ya. hehehehe...

Bahan-Bahan Berkaitan Pendidikan Muzik KSSR Thn 1

Salam sejahtera dan salam bahagia,
Kepada cikgu2 yg mengajar muzik KSSR Tahun 1... saya ingin maklumkan bahawa cikgu2 boleh mendapatkan bahan-bahan muzik seperti lagu dan modul2 berkaitan di laman web berikut : http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/mula.htm
Selain muzik, semua bahan dan modul matapelajaran yang lain juga ada di laman web ini. Untuk akses m/p muzik sila klik di bahagian KESENIAN k.
Selamat Belayar.

art

Monday, January 10, 2011

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN MUZIK KSSR THN 1

Salam sejahtera.

Untuk pengetahuan cikgu2 yg mengajar muzik tahun 1..rancangan pelajaran tahunan (RPT) bagi muzik KSSR tahun 1 telah pun saya uploadkan di laman web Jabatan Pelajaran Selangor. Sila semak. Pergi ke "link berkaitan" di sebelah tepi kanan dan klik JPN Selangor. Selepas itu apabila laman Jabatan terbuka sila skroll ke bawah dan cuba cari info terkini..klik di situ. Atau skroll dan klik bahagian Guru - muat turun borang. Selamat mencari..dan selamat mengajar.

art

Monday, December 20, 2010

CD lagu KSSR Muzik Tahun 1

Salam Sejahtera..

Untuk makluman guru-guru muzik tahun 1 seluruh negeri Selangor, terdapat 2 CD berkenaan muzik KSSR tahun 1 telah saya edarkan master copy kepada setiap PPD.
1 CD Pendengaran dan Pentaksiran
2. CD muzik dan lagu

Setiap PPD telah diarahkan untuk memperbanyakkan CD tersebut dan diedarkan kepada setiap sekolah rendah di daerah masing-masing dengan kadar segera. PPD akan memaklumkan kepada sekolah bila CD tersebut perlu diambil. Harap bersabar.

Bagi Rancangan Pelajaran Tahunan Muzik dan Seni tahun 1...sebenarnya telah siap.. saya akan uasahakan bagaimana tuan-puan boleh download kan.

terima kasih,

art

Thursday, November 11, 2010

PENYEBARAN KSSR THN 1 MENERUSI LAMAN WEB KPM

Assalamualaikum dan salam sejatera..

Kepada guru-guru muzik, seni dan semua guru matapelajaran yg akan mengajar Tahun 1 tahun 2011. Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM akan memuat naik segala dokumen berkenaan KSSR ke laman web http://www.moe.gov.my/bpk dan boleh diakses mulai 3hb Nov yg lepas.
Kepada cikgu2 yg membaca blog ini bolehlah tlg beritahu kepada rakan guru yang lain disekolah anda mahupun sekolah yg berhampiran.
Kerjasama tuan/puan sangat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

art