Wednesday, April 14, 2010

Kenyataan Datuk Samad Said

Datuk Samad Said membuat satu kenyataan dalam satu majlis supaya jangan menggunakan gelaran Sasterawan Negara yang dianugerahkan kepada beliau. Tujuan beliau berkata begitu mungkin berkias atau mengajar mereka yang berkepentingan dan diamanahkan untuk melaksanakan tugasnya, tetapi gagal atau menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya hingga membawa malapetaka kepada bangsa dan tamadun yang sedang kita bina.
Dengan kata lain, kerana berfikiran kelas tiga maka mustahil dapat kita bina tamadun negara ini dalam jangka masa yang singkat. Bayangkanlah baru 50 tahun merdeka, kita sekarang diserang pelbagai krisis moral dan krisis keyakinan. Apakah dapat kita capai sasaran 2020? Dapatkah kita bina tamadun melayu yang panjang sama usianya dengan tamadun Mesir, Yunani atau China? Sedangkan setelah 50 tahun merdeka, tanda-tanda keruntuhan moral dan minda Melayu semakin ketara dan amat dasyat.
Kalau begitu tidak usahlah kita mimpikan macam-macam slogan : Gemilang, terbilang dan cemerlang. Begitu juga dengan Islam Hadhari hanya pada kulitnya sahaja. Kita belanja berjuta-juta ringgit menganjurkan kempen Budi Bahasa, tetapi apa untung yang kita nampak sekarang ini? Celakanya orang Melayu sekarang ini, kerana terlalu banyak membuka pintu masuknya kepada pengaruh asing. Ini juga barangkali kerana sikap tidak apa atau kerana mudahnya orang kita bertolak dan ansur menyebabkan peluang kapitalis pascamoden senang masuk sampai ke dalam rumah kita dan terus menjajah kita anak beranak.
Bayangkanlah kerana media massa yang berlumba-lumba mengasak kita untuk menyuruh kita menjadi kaki hiburan murahan atau pencandu budaya pop ini, soal maruah dan budaya bangsa langsung diabaikan oleh mereka yang terlibat dalam industri hiburan ini. Misalnya dalam kuiz menduga akal, soalan bonaza dan sebagainya yang ditawarkan sama ada yang menagih dadah atau suka bertelanjang.
Malangnya yang membuat soalan-soalan itu pun DJ (entah apa sebenarnya maksud DJ, bagi saya bila diterjemah ke dalam budaya kita DJ tetap membawa konotasi yang remeh dan negatif) Sepatutnya juruhebah, penyampai berita atau juruacara atau pengacara memperlihatkan jati diri bangsa berbudaya tinggi dengan bertanya soalan-soalan tokoh ilmuwan, sarjana pemimpin yang berjasa, ulama, sasterawan dan seniman negara yang cemerlang yang banyak jasanya berbanding soalan mengenai budak-budak rock atau pelakon-pelakon drama swasta yang bercakap melayu pun tidak betul.
Yang anehnya, mereka yang dibayar gaji sebagai juruhebah itu juga ada yang mengejar glamour. Malahan ada pula yang meletakkan status kejuruhebahannya itu setaraf dengan selebriti atau artis pop Hollywood dengan karpet merah dan harus dilayan macam superstar. Hal-hal begini kita tidak pernah dengar ia ditegur oleh menteri-menteri yang terlibat dalam bidang penyiaran dan media. Media massa pula mengambil kesempatan ini sehingga mengabaikan kepentingan golongan ilmuwan, budayawan dan intelektual bangsa sendiri. Jadi kita berharap, dengan sikap yang diambil oleh A. Samad Said yang tergamak meletakkan dirinya sebagai “mantan Sasterawan Negara” itu memberi satu tanda penting kepada semua pihak. Akan segeralah tindakan proaktif oleh mereka yang berkepentingan dan bertanggungjawab.
Saya kira masalah menerbitkan buku teks sastera sekolah menengah ini pun ada kaitannya dengan buku-buku teks sekolah rendah juga, yang dibimbangi akan keluar nanti buku bacaan berunsur sastera, tetapi diplagiatkan atau diubahsuai pihak tertentu atas kepentingan kebendaan. Saya harap dengan adanya pernyataan terbuka ini, pihak BPR harus membuka failnya, supaya dengan cara itu, sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan masa depan generasi muda kita menjadi mangsa sistem pendidikan yang tempang dan tidak bijaksana.
Saya masih ingat ketika darjah enam tahun 1960an dulu, ada buku bacaan kami yang menggunakan teks puisi-puisi bertemakan nasionalisme karya penyair Indonesia seperti Prof. Muhammad Yamin, Rustam Effendi dan Sultan Takdir Alisjahbana dalam ejaan jawi. Apakah pelajar melayu zaman baru merdeka seperti saya ini lebih hebat daripada pelajar sekolah menengah masa kini? Malah laporan UPSR dan PMR, kononnya keputusan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pelajar kita, melebihi tahap sasarannya, maka itu timbul pula alasan karyasastera tinggi berat dan sukar difahami pelajar?
Kalau itu benar, ertinya kita bukan melangkah ke hadapan. Para pemikir dan perancang pendidikan negara sekarang ini harus menerima dosanya, sekiranya anak bangsa kita sepuluh atau lima belas tahun lagi semuanya mempunyai minda pops, jadi pencandu budaya murahan, hilang jati diri, sirna rasa nasionalisme dan patriotismenya dan jahil tentang sejarah negara bangsanya sendiri disebabkan mereka yang menjadi perancang pendidikan itu berfikiran kelas tiga seperti ini. Saya juga menyeru para pemimpin persatuan penulis seluruh negara, agar bangun bertindak melakukan sesuatu bukan untuk kepentingan peribadi. Tetapi berjuang atas nama persatuan yang mereka pimpin, demi menjaga maruah kaum penulis, bangsa dan negara yang meraka cintai.
Sehingga kini kita tidak dengar lagi sebarang reaksi baik drp Kementerian Pelajaran mahupun PPK sendiri. Begitu juga isu ini akhirnya akan mengalir atau menjangkiti pula ke Kementerian Pengajian Tinggi apabila di IPT pula nanti akan ada cadangan daripada ilmuan dan perancang bangsa Melayu sendiri, suapaya jangan diajar sastera (kononnya sastera tidak menjanjikan masa depan bangsa melayu) Kita hairan dengan sikap diamnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang banyak menerbitkan buku sastera tinggi dan karya Sasterwan Negara. Kenapa terus membisu? Yang paling ironinya tidak ada pemimpin politik Melayu seperti UMNO, Pas atau Keadilan yang tampil

Oleh A. Rahim Abdullah
Mingguan Malaysia 17 Feb 08

Thursday, March 25, 2010

SIAPA ITU D'LLYOD ??


D'llyod adalah merupakan sebuah kumpulan muzik dari Indonesia yang terkenal di Malaysia, Singapura dan Brunei pada sekitar tahun 70an hingga pertengahan 80an. Pengaruh lagu2 Indonesia sebenarnya telah lama bertapak di negara kita sehinggalah ke hari ini. Kita dapati kumpulan-kumpulan muzik dan penyanyi solo mereka mengibarkan sayap pengaruh mereka kepada anak-anak muda kita yang meminati lagu-lagu yang dicipta serba ringkas sebenarnya tetapi menarik dari segi persembahan. Lagu-lagunya mudah didengar dengan senikata yang terus ke matlamatnya...tidak berbunga-bunga dan berkias seperti lagu-lagu melayu kita. Begitu lah juga D'llyod yang terdiri pada asalnya 7 orang anggota. Sam Suar Hasyim - penyanyi, Bartje Van Houten - Gitar utama (ketua), Papang (Bass), Panggabean(gitar rancak), Idem Budiman(keyboard), Chairul Daud (drum)dan Andre (Flute). Lagu-lagu seperti Mengapa Harus Jumpa, Keluhan Dan Rintihan, Oh Dimana, Cinta Hampa, Keagungan Tuhan, Malam Penuh Kenangan, Apa Salah dan Dosaku, Oh Tak Mungkin, Tolong Carikan Kekasih dan byk lagi yang menjadi hits di negara kita suatu masa dahulu.
Kebanyakkan lagu-lagu D'llyod adalah bertemakan percintaan dan mendayu-dayu sesuai untuk golongan yang sedang bercinta dan putus cinta. Iramanya sangat melankolik dan melodius. Kepada mereka yang lahir pada sekitar tahun 60 an dan 70 an akan sempat menikmati lagu-lagu mereka yang selalu berkemundang di radio Malaysia. Semasa itu tiada lagi stesyen radio swasta hanya yang ada adalah RTM. Lagu-lagu D'llyod kebanyakkannya dicipta oleh pemimpin kumpulan itu sendiri iaitu Bartje Van Houten. Lagu-lagu mereka dikatakan evergreen kerana ciptaan lagu lagu mereka dikatakan mempunyai jiwa dengan irama dan senikata yang sangat bermakna.
Kini D'llyod masih wujud tetapi dengan campuran anggota lama dan baru. Yang masih kekal ialah penyanyi Sam Suar Hashim, Bartje Van Houten, Idem Budiman dan Chairul Daud. Anggota baru ialah Yuyun (Flutis wanita) dan seorang pemain bass yang masih belum diketahui sejak kematian pemain bass pengganti iaitu Kamal.

Monday, February 15, 2010

Siapa Ahmad Nawab??

Datuk Ahmad Nawab atau namanya Datuk Ahmad Khan Nawab Khan merupakan penggubah Malaysia terkenal. Beliau telah menggubah lebih 2,000 lagu sejak penglibatannya dalam dunia seni.
Beliau yang pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun, telah memenangi banyak anugerah dan antaranya Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980. Namun begitu, beliau mencapai penghormatan tertinggi apabila beliau dipilih untuk menerima Anugerah Seniman Negara 2006 pada 20 November 2006.
Anugerah tersebut yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, merupakan salah satu daripada Anugerah Seni Negara (ASN) 2006 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa).
Ahmad Nawab, 73, antara lain turut menerima hadiah berupa wang tunai RM60,000 dan dijadikan wakil KeKKWa di seminar/forum peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Tuesday, February 9, 2010

ADA LAGU SEKOLAH UNTUK DIGUBAH???

Salam Sejahtera...

Kepada warga pendidik, guru-guru, guru besar dan pengetua seluruh negeri Selangor.
Ingin saya maklumkan kepada tuan/puan, sekiranya lagu sekolah anda ingin digubah semula dari segi susunan muzik...dari hanya bunyi piano atau lagu dah macam dengar tak dengar je...atau macam tak bersemangat..apa kata tuan/puan boleh dapatkan khidmat kami untuk digubah semula dengan bunyi yang berkualiti seperti kualiti studio rakaman. Bayaran yang dikenakan adalah setimpal dengan khidmat profesional kami. Kami akan merakamkannya dalam bentuk cd besertakan nota muzik.

Jika ada sekolah baru yang masih belum mempunyai lagu...jika ingin sentuhan ciptaan kami...juga boleh hubungi kami. Jika ada mana mana syarikat atau korporat yang ingin ciptaan lagu baru atau tuan/puan nak buat minus one atau apa saja lah..hubungi lah kami. Kepada tuan/puan yg ada terbaca berita ini..hebahkanlah kepada rakan rakan yg lain k.
TQ...sila hubungi melalui email anffaizat@gmail.com untuk keterangan lanjut atau hp 0133635007

tq
art

HAPPY CHINESE NEW YEAR


GONG XI FA CHAI...

I like to wish all my chinese frenz..Happy Chinese New Year..Gong xi Fa Chai...may this Tiger year will bring more prosperous n good luck to u all and all Malaysian...
Jangan lupa ang pow and buah limau untuk saya ya. hehehehehe..
Kalau balik kampong driving...pandu cermat dan ikut had laju..Selamat bercuti dan selamat kembali ke Selangor D.E.

Art

Friday, February 5, 2010

CD SOALAN SENI !!!!!

Salam sejahteraaaaaa....

Kepada guru guru seni di Selangor ada berita baik. Sesiapa yang berminat utk mendapatkan CD ini secara percuma sila hubungi terus Oxford Fajar. Alamak..no telefon takde lah pulak. Kalau dapat nanti saya update kan.
Ada beratus soalan yang cover 34 tajuk bagi ting 4 dan 5. Apa lagi....usahakanlah cikgu.... maklumat dah saya berikan. Hebahkan kpd rakan yg lain juga k.

Tq
Art

Tuesday, January 19, 2010

Who is Santana



Carlos Santana - Band Leader/Lead Guitar

Santana is a band consisting of a flexible number of musicians accompanying Carlos Santana since the late 1960s. The range of these artists has varied greatly. Just like Santana himself, the band is known for helping make Latin rock famous in the rest of the world. They have won a total of 8 Grammy Awards and 3 Latin Grammy Awards which were all awarded in 2000.
The band was formed in 1966 in San Francisco as the Santana Blues Band.[1] The first members were Carlos Santana (lead guitar), Tom Fraser (rhythm guitar), Mike Carabello (percussion), Rod Harper (drums & percussion), Gus Rodriguez (bass guitar) and Gregg Rolie (lead vocals & keyboards). In the following years the members of the group changed frequently for a number of reasons, and from 1971 to 1972 there was a brief separation between the group and Santana.
Santana himself rarely sings in his songs despite being the leader of the band and recent hits have been frequently accompanied by a guest singer, rather than the members of the band.

Who Is Carlos Santana
Carlos Augusto Alves Santana (born July 20, 1947) is a Mexican-born American Grammy and Latin Grammy Award-winning rock musician and guitarist. Santana became famous in the late 1960s and early 1970s with his band, Santana, which pioneered a blend of rock, salsa and jazz fusion. The band's sound featured his melodic, blues-based guitar lines set against Latin percussion such as timbales and congas. Santana continued to work in these forms over the following decades. He experienced a sudden resurgence of popularity and critical acclaim in the late 1990s. Rolling Stone also named Santana number 15 on their list of the 100 Greatest Guitarists of All Time in 2003.[1]
Considering (at least) the albums Santana, Abraxas, Zebop!, Supernatural and Shaman, Carlos Santana is the only musician to reach the top ten on Billboard 200 for four consecutive decades with non-compilation albums