Monday, August 13, 2012

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!
Salam Aidil Fitri dari saya dan pegawai dari Unit Kajian Kemasyarakatan kepada guru2 semua. Sempena sambutan Aidil Fitri yang mulia ini saya memohon maaf sekiranya ada gurau senda yg berlebihan yg menyinggung perasaan, sms dan email yg x berbalas dan terkasar bahasa yg tiada niat dihati. Kepada rakan2 guru yg balik ke kampong tu..hati hati semasa memandu, biar lambat asalkan selamat..kalau si suami yg memandu..suruh2 lah dia berehat cuci muka dan buat stretching bagi hilang mengantuk. Ermmm...sure seronok dpt berjumpa ibubapa dan sanak saudara ya.. hehehe tapi jgn lupa balik ke Selangor ya....kursus dah nak mula.
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Wednesday, August 8, 2012

KURSUS KSSR MUZIK DAN SENI THN 3

Assalamualikum dan salam sejahtera.
Salam Ramadhan. Utk makluman berikut adalah tarikh2 kursus KSSR Thn 3 bagi subjek Seni dan Muzik di seluruh daerah.

MUZIK
5 - 8 Sept 2012
Daerah Sabak Bernam/Klang/Hulu Selangor/Petaling Perdana dan Sepang

19 - 22 Sept 2012
Daerah Gombak

26 - 29 Sept 2012
Daerah Petaling Utama/ K Langat

3 - 6 Okt 2012
Daerah Hulu langat

10 - 13 Okt 2012
Daerah Kuala Selangor

SENI VISUAL
5 - 8 Sept 2012
Daerah Sabak Bernam/ Klang/ Hulu Langat / Hulu Selangor

19 - 22 Sept 2012
Daerah Petaling Perdana / Kuala langat

26 - 29 Sept 2012
Daerah Gombak / Sepang

3 - 6 Okt 2012
Daerah Petaling Utama

10 - 13 Okt 2012
Daerah Kuala Selangor

SELAMAT BERKURSUS. - JUMPA ANDA NANTI

ART

Friday, July 20, 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" kepada semua guru-guru muzik n seni yang beragama Islam di Selangor. Semoga di bulan yang mulia ini kita akan melipatgandakan amalan mulia kita. Bersedekah, tarawikh, berzikir, bersabar dsbnya.Amin..
Semoga berjumpa lagi.

art

Tuesday, May 22, 2012

JEMPUTAN BAGI MENYERTAI BENGKEL MUZIK NUSANTARA OLEH INSTITUT SENI INDONESIA YOGYAKARTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..!!
Hai ..apa khabar cikgu2 muzik semua? Semoga sihat sejahtera hendaknya. Ok.. Fakulti Muzik UITM Shah Alam mengadakan bengkel di atas pada 12 Jun 2012. Bengkel ini memberi pendedahan ttg kaedah P&P dlm muzik gamelan, Caklempong dan pergendangan yg efektif termasuk teknik2 permainan dan persembahan.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh pensyarah muzik dari Institut Seni Indonesia Yogyakarta. Wow!! originally dari Indonesia. Pihak UiTM telah menetapkan kadar yuran khas sebanyak RM100.00 utk pendaftaran, bahan bengkel dan makan minum. Jika berminat dan ingin maklumat lanjut sila hubungi Pn Juriani Bt Jamaludin di talian 012-4099408.

Saya rasa cikgu2 muzik perlu mengambil peluang ini untuk mendalami dan menambah ilmu muzik nusantara ini kerana cikgu2 akan dapat pengajaran 1st hand dari pensyarah yg pro dari Indonesia. Surat pelepasan boleh dikeluarkan oleh JPN jika cikgu sudah mendaftar dan ada bukti pendaftran. Sila email ke anffaizat@gmail.com jika sudah daftar k.

TQVM

ART

Thursday, March 1, 2012

BENGKEL SENI VISUAL KERTAS SPM DAERAH PETALING UTAMA


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya telah melawat dan menyaksikan sendiri bengkel yg diadakan di SMK Kota Damansara Seksyen 10 petang tadi (1 Mac 2012)Lebih kurang 27 org guru seni visual dari daerah Petaling Utama telah menghadirinya. Tahniah !hasil yg saya lihat sangat mengujakan saya. Ternyata guru2 kita sangat berbakat. Semoga suksess selalu demi kemajuan guru2 seni sendiri.

KELAS GAMELAN & TEORI MUZIK


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kelas gamelan pada hari sabtu untuk guru guru yg berminat akan dijalankan seperti biasa pada 3hb Mac 2012 jam 10 pagi. Dah agak lama kelas ini telah terhenti. Jangan lupa beritahu kepada kawan2 lain ya. DAN JUGA PADA HARI TERSEBUT NANTI SAYA AKAN JUGA OPEN KEPADA GURU2 UNTUK BELAJAR TEORI MUZIK DAN KAEDAH P&P MUZIK YG BERKESAN JIKA BERMINAT.

tq
art