Tuesday, November 1, 2011

Lawak Jenaka - "Salah Tafsir"

JUST TO RELEASE TENSION !! HEHEHE

SALAH TAFSIR

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

Wednesday, October 26, 2011

LATIHAN GAMELAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Latihan gamelan akan diadakan seperti biasa (Sabtu 29/10) jam 10 pg hingga 12 tgh di Pusat Latihan JPS Seksyen 6 Shah Alam. Yg baru nak belajar juga di alu alukan utk hadir.

TQ

art

Monday, October 17, 2011

KSSR MUZIK N SENI VISUAL TAHUN 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..!!

Kursus KSSR Seni dan muzik Tahun 2 hampir sampai kemuncaknya. Tinggal Petaling Utama dan Kuala Selangor yg masih berjalan minggu ini. Saya dan en Zainal berkesempatan memantau beberapa daerah dan berjumpa dgn guru guru yang berkursus. Alhamdulillah,.ramai yang sangat seronok dan gembira dengan kursus seni atau muzik walau pun ada diantara guru2 yang bukan opsyen. TQ VM 4 ur support. Saya sgt berharap cikgu2 akan sentiasa melawat blog ini untuk bertanya dan mendapat info berkenaan apa apa pun. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawabnya. Jgn ragu2 untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. TQVM kpd barisan JU saya kerana komitmen yang diberikan. Terimakasih daun keladi ..tahun depan jadi JU lagi..hehehe

art

Siapa Boleh Menyanyi ?


Ha ha !! siapa diantara follower saya yg boleh menyanyi? Kalau x leh menyanyi pun dia tahu kawan guru dia boleh menyanyi. Bagi nama anda atau kawan2 anda yang boleh menyanyi x kira lelaki atau perempuan. Tapi pastikan dia mmg bagus dalam nyanyian tau. Kalau setakat boleh nyanyi je ermm x payah buangkan masa saya. hehehehe jgn marah. Jika boleh nyanyi dalam dua bahasa -melayu dan english..itu satu advantage..Bukan nyanyi di karaoke tetapi bersama kombo JPS. Ada berani ??? hehehe just email me k..

art

SAHUT CABARAN SAYA !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya masih menunggu guru2 seni visual dari sekolah rendah yg punya bakat melukis dari pelbagai media atau pandai membuat arca dan sbgnya untuk menyahut cabaran saya. Saya nak buat pameran hasil2 lukisan tuan puan di JPS dan saya mahu sambutan dari cikgu2. Jika ada 20 org pun dah mencukupi. JIka saya dapat 20 org dalam minggu ini saya akan panggil bermesyuarat dahulu dan kita bincang nanti. So... email nama dan sekolah tuan/puan dan taip berminat untuk pameran seni. Jangan simpan bakat yang ada.

ART

Wednesday, October 12, 2011

SEMINAR MUZIK KEYBOARD

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu seminar muzik keyboard oleh Cik Yuki Shimada dari Jepun akan diadakan pada
9 Nov 2011 bertempat di Yamaha Music Festival Hall, No 8 Jalan Perbandaran, Kelana Jaya , Petaling Jaya jam 2.30 ptg hingga 5.30 ptg. Seminar ini terbuka kepada 30 org guru muzik sekolah rendah dan menengah yang berminat dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Oleh itu, kepada cikgu2 yg berminat sila hubungi saya melalui email selewat-lewatnya 23hb Oktober 2011. Bagi JU muzik saya akan wajibkan hadir dan surat akan dihantar kepada tuan/puan.

Sekian terima kasih.

art