Wednesday, August 17, 2011

KURSUS JU TAMBAHAN MUZIK DAN SENI VISUAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri x lama lagi..Tinggal 14 hari saja lagi. hehehe begitu juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54. Ok.. untuk makluman tuan2,, kursus JU tambahan bagi m/pel muzik dan seni visual KSSR Thn 2 akan diadakan pada 12 hingga 14 hb Sept 2011 di Hotel Goldcourse Klang. Tujuan kursus ini adalah untuk menambah bilangan JU yg telah mengikuti kursus peringkat kebangsaan sebelum ini. Nama2 JU tambahan sebenarnya telah dipilih oleh PPD masing2. Namun bagaimana pun mungkin ada JU peringkat kebangsaan yg terpaksa digugurkan kerana tidak layak. Maka saya akan mengganti dgn JU tambahan yg saya rasa berkelayakan. Jadi bersiap sedialah kwn2 yg mungkin akan saya panggil terus yg bukan melalui PPD.
Selepas kursus ini JU tambahan akan ditugaskan memberi kursus pula kpd semua guru muzik ikut daerah masing2. Good luck!!

art

Friday, August 5, 2011

LAMAN WEB MUZIK YANG PATUT DIKUNJUNGI !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka. Ermm!! bila cakap pasal berbuka mulalah terbayang nak makan dan minum itu dan ini... hehehe itu semua nafsu. Ok..straight to the point. Saya nak mencadangkan kepada guru2 muzik yang baru atau lama mahu pun guru yg bukan opsyen muzik tetapi mengajar muzik untuk melayari laman web ini. Rasanya saya telah pun rekomen web ini bulan Julai 2010 yg lepas.. Skrg lagi baik. Ada ruangan interaktif.
GOOOOOOOOOOOOOOOOODD!!! silalah layari web ini untuk peningkatan ilmu . Kalau x faham istilah Inggeris dalam web tu boleh tanya kami nanti. Laman web tersebut adalah http://www.musictheory.net/

Tq

Azahar

Wednesday, July 27, 2011

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK



Assalamualaikum..!!!
Sebelum saya terlupa..saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua guru2 Muslim pada minggu depan. Dah tak lama lagi. hanya tinggal beberapa hari sahaja. Banyakkan beramal dan bersedekah kepada fakir miskin. Tahun ni saya nak kempen kepada kemua termasuk diri saya ..hehhehe jangan membazir makanan dan elaklah dari kita berbuka puasa di hotel hotel.. sebab nikmat berpuasa tu tak dapat dirasai... Tapi kalau nak berbuka kat hotel tu juga x salah pun..terpulang pada individu k. Jangan lupa anak yatim sama...hehehee ok...
c u again,.,.

art

Saturday, July 16, 2011

SIAPA BERANI SAHUT SERUAN INI !!

SIAPA BERANI SAHUT SERUAN SAYA DAN IKHLAS !! Hahahaha,..sahut memang ramai berani sahut seruan dan cabaran. Tetapi bab ikhlas tu yang agak payah sikit. Oklah mcm ni sebenarnya.

Saya nak menganjurkan pameran seni pada tahun ini setelah percubaan tahun 2007 berjaya tetapi tiada kesinambungan. Pada masa tu Jabatan Pelajaran aponsor duit. Tetapi kali ini JPS dah tak ada duit. Walau bagaimana pun saya ingin menganjurkan sekali lagi pameran seni yang akan disertai oleh guru guru seni visual dari seluruh negeri Selangor. Tak kira guru sekolah randah atau menengah. Mungkin cikgu2 ada hasil lukisan yang terpendam di rumah tapi tidak di expose kepada org ramai. Biar JPS jadi penganjur atau pencetus kepada pameran ini tetapi cikgu2 sendiri yg akan menanggung kos2 bahan lukisan atau sebagainya.
Senang cerita ..elok kita bermesyuarat dulu. kita bincang. Saya dah buka jalan. Cuma tunggu cikgu respon sahaja. So, kalau ada yang setuju..plzz email saya atau beri komen di bawah. Kalau ramai sambutan..saya panggil mesyuarat. OK.

Tqvm

art

SIAPA NAK JADI JURULATIH UTAMA ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera !!

Ya..tawaran istimewa sedang berlangsung..hehehe. kepada guru guru muzik atau seni visual yang mengajar di sekolah rendah yang berminat untuk menjadi Jurulatih Utama di alu alukan untuk memberi nama kepada saya melalui email saya. Syarat syarat kelayakan adalah.- guru mestilah opsyen muzik atau seni dan telah mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun. boleh memberi ceramah, confident, bertanggungjawab dan rajin. Gaji dan elaun ialah gaji dan elaun yg tuan tuan sdg dapat skrg. heheehhe...Tiada gaji& elaun apa apa. Ikhlas hati demi memartabatkan matapelajaran kita ini.Mungkin tuan tuan dapat menyumbangkan kepakaran muzik atau seni visual yang ada untuk dikongsikan kepada guru guru lain melalui kursus kursus yang kami anjurkan nanti.
So, apa lagi..tlg war warkan kpd rakan rakan guru yg lain mengenainya dan untuk melayari laman blog ini selalu k.

Tqvm

art

Tuesday, July 12, 2011

KURSUS MUZIK DAN SENI KSSR TAHUN 2( 2011)

Assalamualaikum..dan salam sejahtera.

Ya...kursus muzik dan seni KSSR Thn 2 akan dijalankan tahun ini kemungkinan besar selepas hari raya nanti. Sebelum itu, kursus ini akan dijalankan kpd JU peringkat kebangsaan oleh KPM pada 18 - 22 Julai 2011 di Melaka. Selepas itu kami akan melatih bbrp org JU peringkat daerah sebelum memberi kursus kepada semua guru muzik dan seni dari setiap sekolah di negeri Selangor. Kursus KSSR ini juga melibatkan lain2 m/pel spt PJPK,Moral, Pend. Islam, dll.
Kepada guru2 muzik dan seni yg dipanggil utk berkursus nanti diharap tidak akan menolak untuk hadirkan diri. Semoga ilmu yg diperolehi nanti akan dapat di manfaatkan untuk kebaikan murid murid kita. Semasa kursus juga nanti tuan tuan dapat berkenal-kenalan dan bertukar tukar fikiran dengan guru muzik atau seni yang lain.

Sila layar blog ini selalu utk info terkini.

tq

art

Thursday, June 30, 2011

KURSUS SEHARI PERMAINAN ALAT MUZIK TRUMPET DAN TROMBONE






Salam..

Kursus sehari permainanan alat muzik brass -trumpet dan trombone telah diadakan di SMK Rantau Panjang Klang pada 28/6/2011 yg lalu. Kursus dihadiri oleh guru muzik sek men projek muzik kbsm sahaja. W/bgaimana pun terdapat bbrp pelajar SMK Rantau anjang Klang yg tidak mahu melepaskan peluang menimba ilmu yg di ajar oleh Penyelia Muzik JPS - En Zainal Abidin. Next month will be kursus sehari Permainan Keyboard di SMK Bdr Tasik Puteri Rawang.