Monday, November 1, 2010

ARTIS DARI GURU SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera !!

Saya bercadang untuk mengumpulkan guru2 seni dari sekolah rendah yg berbakat dalam bidang lukisan --tak kira lukisan pensel, cat air, krayon, cat minyak dll untuk kita berbengkel pada hari minggu menghasilkan karya lukisan. Tema bebas. Hasil karya bolehlah kita pamerkan di JPS. Sambil berkarya cikgu2 dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar idea dan kemahiran. Saya akan cuba panggil seorang Guru seni (En Harun) yg pakar dalam melukis untuk memberi tunjuk ajar dan teknik lukisan yg betul. Jika ada sambutan emailkan kepada saya k..

art

TAHNIAH !!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru2 muzik dan seni yang telah berjaya mengikuti kursus KSSR Seni dan muzik bagi tahun 1 yg baru lepas di PD Golf n Country Club. Walau dengan kekangan masa dan bahan2 yang tidak mencukupi tetapi komitmen yg ditunjukkan oleh cikgu2 semua sangat tinggi. Ini menunjukkan cikgu2 juga telah faham dgn konsep KSSR dan bersedia utk mengajar di thn depan. Jangan lupa untuk memberi in house training kepada guru lain di sekolah anda. Ramai diantara cikgu yang mempunyai bakat untuk menjadi JU, Jadi sesiapa yg berminat silalah emaikan nama, no hp dan nama sekolah.

Kepada JU seni dan muzik...saya juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kerana tugas yg diberi dapat dilaksanakan dengan licin dan berjaya. Semoga anda semua tidak serik untuk memberi ilmu kepada guru-guru yg baru demi kebaikan bersama.

Terima kasih daun keladi.

Art

Tuesday, October 26, 2010

KURSUS KSSR MUZIK DAN SENI TAHUN 1

Asslamualaikum dan salam sejahtera!!

Ok..tuan2 dan puan2..Berikut adalah tarikh-tarikh kursus dan tempat bagi kursus Muzik dan Seni Visual KSSR tahun 1. Kursus ini akan berjalan secara on site dan hanya 1 hari sahaja. ( 8pg hingga 5 ptg)

Muzik
1 Nov 2010 - Daerah Petaling Utama - di PPD Petaling Utama

2 Nov 2010 - Daerah Petaling Perdana - di PPD Petaling Perdana
- Daerah Sabak Bernan - di Bilik Mesyuarat PPD Sabak Bernam
- Daerah Kuala Selangor - di PPD lama

3 Nov 2010 - Daerah Gombak - di PKG Gombak(SK Gombak Utara)
- Daerah Hulu Langat - di PPD Hulu Langat
- Daerah Hulu Selangor - SK Sg Choh

4 Nov 2010 - Daerah Sepang - di SK Taman Seroja
- Daerah Kuala Langat - di SK Kanchong Tengah

**Bagi daerah Klang - tidak diadakan kerana telah pun diadakan sebelum ini.

Seni Visual
i Nov 2010 - Daerah Petaling Perdana - di PPD Petaling Perdana
- Daerah Petaling Utama - di PPD Petaling Utama
- Daerah Klang - di SJKC Soo Jin

2 Nov 2010 - DaerahSabak Bernam - di Pusat KoKurikukum Sabak Bernam
- Daerah Kuala Selangor - di SMK Pengkalan Permatang

3 Nov 2010 - Daerah Gombak - di SK Taman Prima
- Daerah Hulu Langat - di SK Saujana Impian
- Daerah Hulu Selangor - di SK Serendah

4 Nov 2010 - Daerah Sepang - di SK KLIA
- Daerah Kuala Langat - di SK Sri Langat

Setiap sekolah diwajibkan menghantar seorang guru muzik dan seorang guru seni visual. Mungkin cikgu dipanggil utk ke kursus ini. Terpulang kepada Guru Besar untuk mencalonkan.Bagi guru muzik dibenarkan memakai pakaian sukan yang kemas. (faham maksud kemas ya)

Selamat berkursus.
Jumpa di sana.....

art

Tuesday, October 19, 2010

Ujibakat Pemuzik dan Penyanyi

Salam bahagia dan salam sejahtera

Jika ada diantara guru-guru lelaki mahu pun perempuan yang mempunyai bakat dalam nyanyian dan bermain alat muzik seperti piano, kibod, gitar, dram,dll bolehlah datang ujibakat di JPN Selangor. Jika cikgu2 yang mempunyai group muzik bolehlah datang untuk ujibakat juga. Tidak kira samada guru atau pun kakitangan sekolah...janji mesti bekerja dalam dunia pendidikan. Jika group cikgu berbakat besar dan berkualiti bolehlah wakil negeri Selangor ke peringkat kebangsaan di Perlis pada bulan Disember ini. Tema lagu ialah lagu 60 an.

Tolong war warkan perkara ini kepada mereka yang tidak melayari laman blog ini k. InsyaAllah bulan November nanti saya akan bagitahu tarikhnya. So.. cikgu bolehlah praktis elok2 dulu. hehehehe. Kalau nak tanya lebih2..sila emailkan kepada saya ya!!

Wassalam

art

Kursus KSSR Muzik Tahun 1

Salam sejahtera

Kepada guru-guru yang mengajar muzik, kursus KSSR muzik tahun 1 akan diadakan InsyaAlah pada bulan November ini. Kursus ini akan berjalan serentak di semua daerah. Kursus "on site" ini hanya berlangsung selama 1 hari sahaja. Jadi, tentulah intipati kandungannya tak dapat diberi sepenuhnya. Walau bagaimanapun apa yang penting ialah konsep KSSR muzik itu sendiri yang penting difahami oleh guru guru semua. Jangan bimbang..konsep muzik Kssr Tahun 1 ini banyak kepada gerakan dan aktiviti. Guru perlu kreatif dan boleh ubahsuai modul yang diberi mengikut kemampuan guru. Modul sebagai panduan sahaja. Jika cikgu ada idea lebih baik dari modul yang ada..apa lagi...cikgu lakukan lah kreativiti cikgu.
Tapi perlu ingat...KSSR muzik ini hanya untuk Tahun1 mulai tahun 2011. Bermakna...murid tahun 2 dan selanjutnya pada tahun 2011 menjalani kurikulum KBSR seperti biasa. OK

Salam

Art

Friday, September 3, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Assalamualaikum dan salam sejahtera...!
Dalam masa seminggu lagi kita akan menyambut Syawal..InsyaAllah..Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri"..kepada rakan-rakan dan kepada cikgu2 semua. Maaf Zahir Bathin jika ada kesalahan atau kata-kata yg menyinggung perasaan. Kepada mereka yang balik ke kampung memandu kereta atau MPV atau motorsikal atau lori (ada ke?)x kira lah,..semoga anda memandu dengan cermat dan selamat ke destinasi yg dituju. Ingat..jgn target time untuk sampai...biarlah lambat tetapi kita selamat k.

Adios
art

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan ..!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan2 muslim semua.. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa semoga amalan puasa tahun ini lebih berkualiti dari tahun2 yang lalu. Tak lama lagi juga kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53.. sama-sama lah kita menghayati erti kemerdekaan dan tanamkan semangat cintakan pada negara kepada anak anak kita...apa kata..kita kibarkan bendera Malaysia di rumah kita. Tak mahal...lebih kurang RM5 shj..dan dijual dikebanyakkan kedai. Saya dah kibar..hehehehe (mmg telah diorientasikan oleh arwah bapa sejak kecil, itulah kenangan peninggalannya... ada satu lagi...nanti saya bgtahu..ini pasal nak sambut raya..)