Wednesday, January 18, 2012

KURSUS PERMAINAN REKORDER


Assalamualaikum dan salam sejahtera..!!
JGN LEPAS PELUANG INI !!! tempat terhad sahaja. Satu kursus permainan alat rekorder oleh seorang pakar dari Jepun -En Kazukata Mizumoto (saya pernah mendapat tunjuk ajar dari beliau zaman 80 - 90an dulu)
Seminar ini akan berlangsung selama 2 hari pada 23/2/2012 (10 am - 5 pm) dan 24/2/2012(9.30 am - 12.am) bertempat di Yamaha Festival Hall, Kelana Jaya.
Pihak penganjur iaitu Yamaha Music Malaysia akan menyediakan makan minum dan sijil untuk peserta kursus. Semuanya percuma. Pihak Jabatan Pelajaran Selangor akan mengeluarkan surat kebenaran keluar berkursus dan juga sijil kehadiran kursus.
Kepada guru-guru muzik yang berminat untuk mengikuti kursus ini sila emailkan nama penuh dan alamat penuh sekolah anda kepada saya sebelum 6hb Februari 2012. Hanya 30 tempat sahaja disediakan. Jika anda terbaca info ini..silalah beritahu kepada rakan-rakan dari sekolah lain yang berminat untuk menghadirinya.
Kerjasama cikgu-cikgu sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Monday, January 16, 2012

ANYTHING U ASK FOR !!!


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera,,

What u want to ask me ? Anything about music education or art education..InsyaAllah i or En Zainal or my frens yg good in this field akan cuba jawab. Either dalam blog ini atau dalam email. But U MUST FROM GURU NEGERI SELANGOR. Guru dari negeri lain saya tidak dapat layan kerana tak terlarat nanti. So..take this oppurtunity..jgn lah malu nak bertanya.."malu bertanya sesat jalan"..biar kita jadi org yg suka bertanya untuk kemajuan diri dari hanya berdiam diri. Kami sentiasa akan cuba membantu demi kebaikan matapelajaran muzik dan seni di negeri Selangor.
"GURU2 YG INGIN BERTANYA HENDAKLAH TERLEBIH DAHULU MENJADI FOLLOWER BLOG INI" Jika tidak menjadi follower saya tidak akan melayan pertanyaan anda. Jika email sila beri nama penuh dan nama penuh sekolah k..

Bye

Art

KELAS GAMELAN (SABTU)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kelas gamelan pada setiap sabtu 2 minggu sekali akan kembali berjalan selepas cuti Tahun Baru Cina iaitu pada 28hb Januari 2012. Bertempat di studio muzik JPS seksyen 6
(Pusat Pengurusan latihan JPS)pada pukul 10.00 pagi. Kepada ahli-ahli yang pernah mengikuti kelas ini diharapkan dapat meneruskan kelas gamelan ini. Cikgu2 hendaklah emailkan kpd saya nama dan nama sekolah untuk confirm kehadiran. Kepada guru2 yg baru hendak menyertainya juga dikehendaki emailkan kpd saya.

Sekian untuk makluman

ART

GONG XI FA CHAI


Salam sejahtera,.
Tahun Baru Cina akan tiba tak lama lagi..Kepada guru guru berbangsa Tionghua..saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Chai semoga bergembira bersama keluarga makan besar petang sebelum Hari Raya Cina. Jika drive balik ke kampung..silalah pandu dengan cermat. "Biar Lambat Asalkan Selamat" Slogan ini saya tujukan juga kepada guru2 yg berbangsa Melayu, India dll yg mungkin juga akan ambil kesempatan cuti panjang utk balik kampung atau bercuti ke tempat2 peranginan..
Ok. tugas sebagai guru tetap dilaksanakan sepenuh jiwa setelah balik cuti ya..!!

Ok,, Bye

art

Sunday, January 8, 2012

Muzik yang dibenarkan & diharamkan dalam Islam -Sambungan



Penulisan-penulisan fiqh klasik membahagiakan alat muzik kepada dua, yang bertali dan tidak bertali. Penggunaan alat muzik yang bertali dihukumkan haram yang tidak bertali pula sebagai harus.

Namun demikian, kajian dan penulisan fiqh terkini tidak melihat kepada sudut jenis alat muzik, tetapi ia melihat kepada rentak dan irama yang dihasilkan oleh alat tersebut . Apakah ia meransang pendengarnya sehingga lalai, lupa diri dan lupa Allah?. Ataukah ia merangsang pendengarnya sehingga dapat menaikkan semangat patriotik, rasa sedar diri dan ketakwaan kepada Allah. Jenis yang pertama dikira haram dan kedua dikira harus. Jadinya hukum asal menggunakan alat muzik adalah harus, samada dipetikkah, dipukul kah, di gesek kah di tiupkah atau lainnya. Yang mengharam atau mengharuskannya ialah cara penggunaannya yang melahirkan rentak, lagu dan irama.

Kadangkala alat muzik dimainkan dengan iringan penyanyi Dalam hubungan ini selain daripada bentuk rentak, lagu dan irama, cara persembahan penyanyi dan lirik nyanyian juga perlu dilihat sama. Sekiranya ia dipersembahkan dengan penampilan yang mengghairahlkan, meransang nafsu dan syahwat, sehingga lupa diri dan Allah,Ia tidak diharuskan. Begitu juga lirik lagu yang lucah, memuji sesuatu yang haram, mengagungkan syaitan dan syawat dan cinta berahi yang keterlauan, ungkapan ungkapan syirik dan kufur, lirik-lirik yang bercanggah dengan semangat syariat maka hukumnya haram.

Mendengar muzik berlaku dalam berbagai bentuk, mendengar muzik tanpa nyanyian, mendengar muzik beserta nyanyian, mendengar sambil menonton penyanyi menyanyi.

Hukum asal mendengar muzik tanpa nyanyian, mendengar muzik beserta nyanyian, mendengar sambil menonton penyanyi menyanyi adalah ‘harus’ tetapi ‘beryarat’. Syaratnya ialah rentak, irama, lagu dan liriknya tidak melalaikan, mengkhayalkan, membawa kepada lupa diri dan lupa Allah. Persembahan dan penampilan penyanyi juga mestilah menutup aurat dan geraknya tidak menghairahkan pendengar dan penonton.

Selain dari sifat muzik, rentak, irama, lirik, cara dan perlakuan sipendengar ketika mendengar muzik juga akan menentukan hukum mendengar muzik. Keterlauan yang melampau, ketagih serta gian dalam mendengar muzik akan merubah hukum harus mendengar muzik kepada haram. Ia telah termasuk kepada perbuatan sia-sia dan boleh mendatangkan kesan kesan yang negatif. Pendengar akan tergoda, terbawa-bawa dan terfitnah dengan kemerduan suara penyanyi dan senikata serta lirik dan tergoda kepada batang tubuh penyanyi.

Keadaan hukum ’harus’ mendengar muzik, nyanyian dan menonton persembahan penyanyi boleh di simpulkan seperti berikut:
1. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya meransang semangat berani, gagah perkasa, patriotik contohnya rentak ‘march’.
2. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya meniupkan rasa keinsfan, sedar diri, mengenang kebesaran Allah dan menuju ketakwaan kepada Allah.
3. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya dapat menenang jiwa, menghilangkan tekanan perasan, mengenyahkan kebosanan serta mengembalikan kesegaran spiritual, jasadiah dan emosi .

Jadi bolehkah mendengar muzik itu menjadi ibadah?

Untuk semua perbuatan boleh di kira sebagi ibadah ia mestilah memenuhi syarat syarat berikut:

1. Perbuatan itu diterima syarak
2. Perbuatan itu dilakukan menurut tuntutan dan peraturan syarak
3. Perbutan itu dilakukan ikhlas kerana Allah
4. Perbuatan itu dilakukan oleh muslim

Dalam konteks mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan dengan rentak, irama, lagu dan liriknya, selagi memenuhi empat syarat di atas ia boleh dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala. Sekiranya ia tidak memenuhi syarat ini maka tidak lagi dianggap sebagai ibadah malah termasuk sebagai perbuatan yang sia sia dan dilarang disisi syarak.

Thursday, January 5, 2012

Muzik yang dibenarkan & diharamkan dalam Islam



Sedari kecil lagi kita dibuai dan didodoi oleh ibu tersayang dengan dodoian dan lagu kasih sayang permata hatinya, tanpa lagu dan dodoian ibu si kecil susah nak tidur. Apabila kita masuk sekolah kita di ajar pula dengan lagu bek bek kambing hitam adakah bulu?, Apabila besar sedikit kita telah pandai menyanyi lagu negara ku. Setelah meningkat remaja mula menyanyikan lagu lagu cinta. Apabila mencecah usia emas, lagu lagi instrumental nostalgia menjadi pilihan. Jadi kehidupan kita akan merasa sunyi tanpa irama dan lagu. Terasa pincang jika irama dan lagu dipisahkan dalam rutin harian kehidupan.

Apakah hukum memainkan alat muzik itu harus?. Apakah mendengar muzik dalam bentuk instumental tanpa nyanyian itu haram? Apa pula hukumnya mendengar muzik beserta nyanyian ? Bagaimana pula mendengar nyanyian bersilang jantina? Seterusnya kalau mendengar muzik dan nyanyian itu diharuskan apakah ia boleh dikira sebagai ibadah sehingga seorang yang mendengar muzik dan nyanyian akan mendapat ganjaran pahala? Pastinya sebagai sumber hukum dalam sebuah agama yang lengkap dan sesuai untuk semua tempat, orang dan zaman, Al Quran tidak mengabaikan walau sedikit pun urusan manusia. Pasti ada hukumnya. Begitu juga dengan mengenai persoalan persoalan diatas.

Penulisan-penulisan fiqh klasik membahagikan alat muzik kepada dua, yang bertali dan tidak bertali. Penggunaan alat muzik yang bertali dihukumkan haram yang tidak bertali pula sebagai harus.

ERMMM - kalau mcm tu gitar x leh lah.. gendang ok lah. Betul ke??? Apa-apa pun kita berhenti sampai di sini dulu dan sambung esok... kenyataan di atas belum habis lagi..tunggu ya!!