Thursday, March 25, 2010

SIAPA ITU D'LLYOD ??


D'llyod adalah merupakan sebuah kumpulan muzik dari Indonesia yang terkenal di Malaysia, Singapura dan Brunei pada sekitar tahun 70an hingga pertengahan 80an. Pengaruh lagu2 Indonesia sebenarnya telah lama bertapak di negara kita sehinggalah ke hari ini. Kita dapati kumpulan-kumpulan muzik dan penyanyi solo mereka mengibarkan sayap pengaruh mereka kepada anak-anak muda kita yang meminati lagu-lagu yang dicipta serba ringkas sebenarnya tetapi menarik dari segi persembahan. Lagu-lagunya mudah didengar dengan senikata yang terus ke matlamatnya...tidak berbunga-bunga dan berkias seperti lagu-lagu melayu kita. Begitu lah juga D'llyod yang terdiri pada asalnya 7 orang anggota. Sam Suar Hasyim - penyanyi, Bartje Van Houten - Gitar utama (ketua), Papang (Bass), Panggabean(gitar rancak), Idem Budiman(keyboard), Chairul Daud (drum)dan Andre (Flute). Lagu-lagu seperti Mengapa Harus Jumpa, Keluhan Dan Rintihan, Oh Dimana, Cinta Hampa, Keagungan Tuhan, Malam Penuh Kenangan, Apa Salah dan Dosaku, Oh Tak Mungkin, Tolong Carikan Kekasih dan byk lagi yang menjadi hits di negara kita suatu masa dahulu.
Kebanyakkan lagu-lagu D'llyod adalah bertemakan percintaan dan mendayu-dayu sesuai untuk golongan yang sedang bercinta dan putus cinta. Iramanya sangat melankolik dan melodius. Kepada mereka yang lahir pada sekitar tahun 60 an dan 70 an akan sempat menikmati lagu-lagu mereka yang selalu berkemundang di radio Malaysia. Semasa itu tiada lagi stesyen radio swasta hanya yang ada adalah RTM. Lagu-lagu D'llyod kebanyakkannya dicipta oleh pemimpin kumpulan itu sendiri iaitu Bartje Van Houten. Lagu-lagu mereka dikatakan evergreen kerana ciptaan lagu lagu mereka dikatakan mempunyai jiwa dengan irama dan senikata yang sangat bermakna.
Kini D'llyod masih wujud tetapi dengan campuran anggota lama dan baru. Yang masih kekal ialah penyanyi Sam Suar Hashim, Bartje Van Houten, Idem Budiman dan Chairul Daud. Anggota baru ialah Yuyun (Flutis wanita) dan seorang pemain bass yang masih belum diketahui sejak kematian pemain bass pengganti iaitu Kamal.